TUTONG, Thursday, 30 November 2023 – Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) today participated in a year-round cleaning campaign activity held in Kampung Sengkarai, Tutong District. The campaign was organised by the Prime Minister’s Office in collaboration with the Village Consultative Council, Kampung Sengkarai. A total of 20 personnel from 2Bn RBLF participated in the cleaning campaign.

In attendance was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II. Also present were Deputy Minister at the Prime Minister’s Office, Senior Officials of the Prime Minister’s Office and Acting Commissioner of the Royal Brunei Police Force.

The cleaning campaign commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah led by the Imam of Kampung Sengkarai, followed by the national anthem before proceeding with a warm-up session and cleaning campaign.

The campaign aims to inculcate teamwork and maintain cleanliness as encouraged in Islam. It also aims to further enhance spiritual development and strengthen bonds between RBLF personnel and the community as well as to foster a desire to serve and contribute to the community.

KEMPEN KEBERSIHAN TAHUNAN KAMPUNG SENGKARAI SEMAI SEMANGAT KERJASAMA DAN CINTAKAN KEBERSIHAN ALAM SEKITAR

TUTONG, Khamis, 30 November 2023 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) sentiasa menyokong penuh usaha kerajaan lebih – lebih lagi dalam penjagaan alam sekitar dan amalan gaya hidup sihat. Melalui aktiviti kempen kebersihan sepanjang tahun anjuran Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Majlis Perundingan Kampung Sengkarai, seramai 20 anggota dari Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah menyertai kempen berkenaan yang bertempat di Kampung Sengkarai, Tutong.

Hadir semasa kempen kebersihan tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Turut hadir ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Pegawai-Pegawai Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Pemangku Pesuruhjaya Pasukan Polis Diraja Brunei. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al – Fatihah yang ketuai oleh Imam Kampung Sengkarai, diikuti dengan lagu kebangsaan dan sesi pemanasan badan diteruskan dengan aktiviti kempen kebersihan.

 

Kempen ini bertujuan untuk memupuk semangat kerja berpasukan dan menjaga kebersihan seperti yang digalakkan dalam Islam. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan lagi pembangunan kerohanian dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga TDDB dan masyarakat serta memupuk keinginan untuk berkhidmat dan menyumbang kepada masyarakat.