
TUTONG CAMP, Monday, 29 August 2022 – Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) held a Semangat Muhibbah and luncheon in conjunction with the RBLF Diamond Jubilee Anniversary today at the Officers’ Mess Tutong Camp.
Present as the Guest of Honour was Awang Ajmin bin Haji Meludin, Acting District Officer of Tutong District. Also present during the event were Heads of Mukim, Heads of Villages and Government Officers from Tutong District.
Upon arrival, the guests were greeted by Lieutenant Colonel Haji Mohammad Ezan Sazali bin Haji Osman, Commanding Officer of 2Bn RBLF and the event commenced with muzakarah session at Blok Ilmu 2Bn RBLF. The entourage were given a tour of the static display of 2Bn RBLF’s assets for Humanitarian Aid and Disaster Relief (HADR) operations and battalion assets around the area of 2Bn RBLF Gymnasium and later proceeded to Surau Pengiran Ratna Indera for Zohor prayer.
The event then continued with a photo session in front of the Officer’s Mess, Tutong Camp before proceeding for the luncheon. Also present at the luncheon were Field Commander RBLF, Chief of Staff RBLF, senior officers of RBLF and officers of 2Bn RBLF.
This annual activity is an effort to foster closer and stronger bonds between the stakeholders and how it plays a crucial role in maintaining the peace and security of the nation through sharing of knowledge, information and experience with each other.

BATALION KEDUA TDDB ADAKAN SEMANGAT MUHIBAH SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN JUBLI INTAN TDDB
PERKHEMAHAN TUTONG, Isnin, 29 Ogos 2022 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah mengadakan Semangat Muhibbah dan makan tengah hari sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Jubli Intan TDDB bertempat di Mes Pegawai, Perkhemahan Tutong.
Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Ajmin bin Haji Meludin, Pemangku Pegawai Daerah Tutong. Turut hadir di majlis tersebut ialah Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung serta Pegawai-Pegawai Kerajaan di Daerah Tutong.
Sejurus ketibaan, para jemputan disambut oleh Leftenan Kolonel Haji Mohammad Ezan Sazali bin Haji Osman dan acara dimulakan dengan muzakarah di Blok Ilmu 2Bn TDDB. Rombongan kemudian meneruskan lawatan dengan pameran statik aset 2Bn TDDB bagi operasi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Alam bertempat di kawasan Dewan Gerak Badan 2Bn TDDB, dan seterusnya menuju ke Surau Pengiran Ratna Indera bagi menunaikan solat Zohor.
Majlis diteruskan dengan sesi bergambar ramai dan diteruskan dengan makan tengahari di Mes Pegawai, Perkhemahan Tutong. Turut hadir bagi jamuan tengahari ialah Pemerintah Medan TDDB, Ketua Staf TDDB, pegawa-pegawai kanan TDDB dan pegawai-pegawai 2Bn TDDB.
Majlis makan tengahari yang diungkayahkan setiap tahun ini adalah sebuah landasan yang merapatkan hubungan erat dan silaturrahim diantara semua stakeholders yang mana hubungan erat yang telah terjalin sekian lama ini adalah berperanan besar dalam mempertahankan ketenteraman dan keamanan negara melalui perkongsian pengetahuan, maklumat dan pengalaman di antara satu dengan yang lain.