TUTONG CAMP, Wednesday, 23 July 2025 – The Second Battalion Royal Brunei Land Forces (2Bn RBLF) organised an inter-units Orienteering Competition held at Tutong Camp. A total of six teams participated in the competition consisting of the 2Bn RBLF Headquarters, ‘A’, ‘B’ and ‘C’ Company, Admin Company, and Support Company. Major Mohammad Sufrien bin Johan, 2Bn Commanding Officer, also participated in the competition.
The competition were divided into two categories, namely Team Category and Individual Category. For the Team Category, each team consists of an officer, Senior Non-Commissioned Officers, Junior Non-Commissioned Officers, and one participant from the Weight-Loss Challenge Programme under 2Bn. Meanwhile, the Individual Category was divided into three age groups, namely the 40 years and above, 30 to 39 years and below, and 29 years and below.
The Support Company emerged as the overall champion in the Team Category with a cumulative score of 1,102 points. As for the Individual Category, Lance Corporal Abdul Azim bin Haji A. Nasar won the 29 years and below category with a score of 125 in 60 minutes, and Corporal Khairul Azwan bin Marsal won the 30 to 39 years category with 99 points in 70 minutes, both from the ‘A’ Company. Meanwhile, Staff Sergeant Emran bin Yaakub from Support Company secured the first place for the 40 years and above category with a score of 90 in 47 minutes.
The competition is aimed to develop and test personnel in navigation skills and physical endurance under pressure, simulating real-world operational conditions. It goes beyond just knowing how to read a map and use a compass but rather about integrating these skills with physical fitness, decision-making, and teamwork, while fostering camaraderie among 2Bn RBLF personnel.





PERLAWANAN MERINTIS BATALION KEDUA
PERKHEMAHAN TUTONG, Rabu, 23 Julai 2025 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah mengadakan Perlawanan Merintis antara unit-unit bertempat di Perkhemahan Tutong. Sebanyak enam pasukan telah menyertai perlawanan tersebut yang terdiri dari Markas 2Bn TDDB, Kompeni ‘A’, ‘B’, dan ‘C’, Kompeni Pentadbir, dan Kompeni Bantu. Mejar Mohammad Sufrien bin Johan, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB juga turut menyertai perlawanan tersebut.
Perlawanan dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori Berpasukan dan Kategori Individu. Bagi Kategori Berpasukan, setiap pasukan terdiri daripada seorang pegawai, Pegawai Tidak Bertauliah Kanan, Pegawai Tidak Bertauliah Rendah, dan seorang peserta daripada Program Cabaran Penurunan Berat Badan anjuran 2Bn. Manakala Kategori Individu pula dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut umur iaitu 40 tahun ke atas, 30 hingga 39 tahun ke bawah, dan 29 tahun ke bawah.
Kompeni Bantu muncul sebagai juara keseluruhan bagi Kategori Berpasukan dengan jumlah terkumpul sebanyak 1,102 mata. Bagi Kategori Individu pula, Lans Koperal Abdul Azim bin Haji A. Nasar telah menjuarai bagi kumpulan umur 29 tahun ke bawah dengan catatan 125 mata dalam masa 60 minit, dan Koperal Khairul Azwan bin Marsal memenangi kumpulan umur 30 hingga 39 tahun dengan 99 mata dalam masa 70 minit, kedua-duanya daripada Kompeni ‘A’. Sementara itu, Staf Sarjan Emran bin Yaakub dari Kompeni Bantu mendapat tempat pertama bagi kumpulan 40 tahun ke atas dengan 90 mata dalam masa 47 minit.
Perlawanan ini adalah bertujuan untuk membangun dan menguji kemahiran anggota dalam navigasi dan ketahanan fizikal di bawah tekanan dengan mensimulasikan keadaan operasi sebenar. Ianya juga bukan sekadar menguji kebolehan membaca peta dan menggunakan kompas tetapi lebih kepada integrasi kemahiran tersebut dengan kecergasan fizikal, keupayaan membuat keputusan, dan kerjasama berpasukan, disamping memupuk semangat setiakawan di kalangan warga 2Bn TDDB.