TUTONG CAMP, Monday, 28 December 2020 – Second Battalion, Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) held a Family Day for 2Bn RBLF personnel and their family members at Tutong Camp. Present as the guest of honour was Lieutenant Colonel Pengiran Haji Saiful Amirul Bakri bin Pengiran Haji Ramlee, Commanding Officer of 2Bn RBLF.
The event commenced with a Triathlon competition among the officers and senior non-commissioned officers of 2Bn RBLF at Tutong Camp Gym. The triathlon started with a 450m swimming event, followed by a 4.8km cycling event and finished with 2.4km running event. After the Triathlon, the event continued with an aerobic session led by the Physical Training Instructor of 2Bn RBLF and followed by the prize presentation for the winners of the Triathlon competition. Lieutenant Hidayatullah Sunazul Fikar and Sergeant Royzaimee won for categories under the age of 34 and above 35 respectively and received special prize from the guest of honour. During the event, a static display also showcased weapons from B Company, Mortar from Mortar Platoon and booby traps from Special Task Platoon.
The Family Day serves to elevate the fitness levels and physical endurance as well as to promote the participation of RBLF personnel in challenging sporting events. It also aims to foster closer relations amongst the officers and personnel of 2Bn RBLF.



HARI KELUARGA BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI
PERKHEMAHAN TUTONG, Isnin, 28 Disember 2020 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah mengadakan Hari Keluarga bertempat di Perkhemahan Tutong bagi warga dan ahli keluarga anggota 2Bn TDDB. Hadir selaku tetamu kehormat adalah Leftenan Kolonel Pengiran Haji Saiful Amirul Bakri bin Pengiran Haji Ramlee, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB.
Acara dimulakan dengan perlawanan Triathlon secara perseorangan di kalangan Pegawai-pegawai dan Pegawai Tidak Bertauliah Kanan 2Bn TDDB di Dewan Gerak Badan, Perkhemahan Tutong. Perlawanan tersebut dimulai dengan perlawanan renang sejauh 450 meter, perlawanan berbasikal sejauh 4.8 kilometer dan diakhiri dengan perlawanan larian sejauh 2.4 kilometer. Selesai acara Triathlon, aktiviti senam aerobic diadakan yang diketuai oleh Jurulatih Jasmani 2Bn TDDB dan diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang Triathlon. Leftenan Hidayatullah Sunazul Fikar tampil sebagai juara bagi kategori perseorangan di bawah umur 34 tahun, manakala Sarjan Royzaimee tampil sebagai juara bagi kategori perseorangan bagi kategori 35 tahun ke atas. Juara-juara tersebut telah menerima hadiah khas daripada tetamu kehormat. Semasa acara tersebut, pameran statik turut diadakan yang mana mempamerkan senjata daripada Kompeni B, Meriam Katak daripada Platun Mertak dan Pameran Jerangkap Samar daripada Platun Gerak Khas.
Konsep Hari Keluarga ini diadakan ialah untuk meningkatkan tahap kecergasan dan ketahanan fizikal anggota selain menggalakkan penglibatan anggota TDDB di dalam aktiviti sukan yang mencabar. Ia juga bertujuan dalam mengukuhkan lagi hubungan yang erat di antara Pegawai-pegawai dan anggota 2Bn TDDB.