TUTONG, Wednesday, 20 September 2023 In conjunction with Royal Brunei Armed Forces (RBAF) 62nd Anniversary, Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) conducted its Community Outreach at Kampung Sinaut Muslim Cemetery, Tutong District.

A total of 28 personnel from 2Bn RBLF were involved led by Lieutenant Abdul Rahim bin Abdullah. The visit began with a cleaning campaign, followed by the recitation of Surah Yassin, Tahlil, and Doa Arwah. The cemetery visit and cleaning campaign serves to increase spiritual development and cooperation amongst RBLF personnel as well as to encourage the desire to serve and contribute to society.

BATALION KEDUA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENGADAKAN JANGKAUAN KOMUNITI SEMPENA HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE 62 TAHUN

TUTONG, Rabu, 20 September 2023 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) telah menjalankan program kemasyarakatan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sinaut, Daerah Tutong sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-62 tahun.

Seramai 28 anggota 2Bn TDDB terlibat dalam lawatan ke tanah perkuburan tersebut yang diketuai oleh Leftenan Abdul Rahim bin Abdullah. Lawatan dimulakan dengan kempen membersihkan kubur, diikuti dengan bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Doa Arwah. Usaha berkebajikan ini bertujuan untuk meningkatkan kerohanian dan kerjasama di kalangan anggota TDDB, di samping memupuk semangat untuk berbakti dan memperkukuh jalinan ukhwah bersama masyarakat.