PENANJONG GARRISON, Thursday, 2 November 2023 The closing ceremony for the Range Management Course (RMC) Series 2/2023 was held this afternoon at the Cook House, Support Battalion Royal Brunei Land Force (RBLF), Penanjong Garrison. The RMC course consisted of 55 participants from various units of Royal Brunei Armed Forces (RBAF) which was conducted from 7 September 2023 until 3 November 2023.

Present as the Guest of Honour was Lieutenant Colonel Pengiran Mohamed Sufri bin Pengiran Haji Rosli, Chief of Staff RBLF. Also present were senior officers, officers and personnel from RBAF.

The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Lieutenant Mohammad Azri bin Jasni as a representative from the course participants, followed by the reading of Al – Quran, Surah Al-Mujadalah verses 11 to 12 and remarks from Lieutenant Awangku Muhammad Faiq bin Pengiran Haji Omar, Acting Head of Department, Department of Small Arms and Heavy Weapons, School of Infantry, RBLF. It continued with the presentation of certificates along with the awards of outstanding achievements in all areas of assessment, which includes practical and theory. The ceremony concluded with the closing remarks from the Guest of Honour, recitation of Closing Doa and a group photo session.

The Best Practical Award went to Sergeant Mohammad Fariz bin Zamil. Meanwhile, Best Theory Award went to Lieutenant Junior Grade Mohamad Nazirul Azlan bin Khalid, and Best Overall Award went to Sergeant Hilman Bahrin Rifaie bin Haji Mohamad Nasir.

The course serves to train and expose the officers and senior non-commissioned Officers as Firing Range Officers especially in other areas related to administration, supervision and invigilation at the firing range on different levels.

MAJLIS PENUTUP KURSUS PENYELIA DAN PENGAWAS PADANG TEMBAK SIRI 2/2023

PENANJONG GARISONKhamis, 2 November 2023 – Majlis Penutup Kursus Penyelia dan Pengawas Padang Tembak Siri 2/2023 telah dikendalikan pada petang ini di Rumah Masak, Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Penanjong Garison. Seramai 55 peserta kursus yang terdiri dari pelbagai unit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berjaya menamatkan kursus berkenaan yang berlangsung pada 7 September 2023 hingga 3 November 2023.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Leftenan Kolonel Pengiran Mohamed Sufri bin Pengiran Haji Rosli, Ketua Staf TDDB. Turut hadir ialah pegawai – pegawai kanan, pegawai – pegawai dan anggota ABDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al – Fatihah yang dikepalai oleh Leftenan Mohammad Azri bin Jasni selaku wakil peserta kursus dan bacaan ayat suci Al – Quran, Surah Al-Mujadalah ayat 11 hingga 12, diikuti dengan ucapan daripada Leftenan Awangku Muhammad Faiq bin Pengiran Haji Omar, Pemangku Ketua Cawangan Latihan Senjata Ringan dan Berat, Sekolah Infantri TDDB. Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil dan anugerah-anugerah cemerlang di setiap aspek penilaian yang merangkumi bidang amali dan teori. Majlis diakhiri dengan ucapan penutup daripada Tetamu Kehormat, diikuti dengan bacaan Doa Penutup  dan sesi bergambar ramai.

Anugerah Penuntut Terbaik Amali disandang oleh Sarjan Mohammad Fariz bin Zamil. Selain itu, Anugerah Penuntut Terbaik Teori disandang oleh Leftenan Madya Mohamad Nazirul Azlan bin Khalid, manakala Anugerah Penuntut Terbaik Keseluruhan disandang oleh Sarjan Hilman Bahrin Rifaie bin Haji Mohamad Nasir.​

Kursus ini bertujuan untuk melatih and mendedahkan pegawai – pegawai dan pegawai tidak bertauliah kanan sebagai Pegawai Tapak Tembak, khususnya yang berkaitan dengan pentadbiran, penyeliaan dan pengawasan di padang tembak dalam pelbagai peringkat yang berbeza.