ROYAL BRUNEI LAND FORCE, Friday, 18 September 2020 – In conjunction with school holidays, Royal Brunei Land Force (RBLF) held a few activities which involved RBLF personnel, civilian and families. In this year, most of the activities were more towards educational and leisure that were conducted within camps and garrisons as well as visits to several museums in the country.
Royal Brunei Land Force Headquarters (RBLF HQ) and Company Headquarters Royal Brunei Land Force (HQ Coy RBLF) has conducted educational visits to Royal Regalia, Brunei History Center Gallery, Malay Technology Museum and Brunei Darussalam Maritime Museum.
Some of the leisure activities organised were Pony Ride by First Battalion RBLF (1Bn RBLF) in Berakas Garrison, Pipeband Performance, zumba and fun games by Second Battalion RBLF (2Bn RBLF) in Tutong Camp, movie day, VAB Ride and visit to the Survival Village by Third Battalion RBLF (3Bn RBLF) in Lumut Camp, static display, fun games and movie day by Support Battalion RBLF in Penanjong Garrison and also recreational camp by Combat Service Support Royal Brunei Land Force (CSS RBLF) in Berakas Garrison and Bolkiah Garrison.
The school holiday activities for the children of RBLF personnel and civilian staff is one of the RBLF annual activities aimed to build strong bonds amongst the military personnel, civilians and their families.


AKTIVITI PENDIDIKAN DAN RIADAH BERSAMA KELUARGA SEMPENA CUTI SEKOLAH
TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI, Jumaat, 18 September 2020 – Bersempena dengan cuti persekolahan, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan beberapa aktiviti menarik yang melibatkan anggota-anggota tentera, kakitangan awam dan ahli keluarga TDDB. Pada tahun ini, banyaknya aktiviti-aktiviti yang dijalankan lebih kepada pendidikan dan riadah yang telah pun diadakan dalam garison dan perkhemahan serta lawatan ke beberapa muzium di dalam negara.
Markas TDDB (Mrks TDDB) dan Kompeni Markas TDDB (Komp Mrks TDDB) telah menganjurkan beberapa lawatan pendidikan iaitu Muzium Alat Kebesaran Diraja, Galeri Pusat Sejarah Brunei, Muzium Teknologi Melayu dan Muzium Maritim Brunei Darussalam.
Di antara aktiviti riadah yang diungkayahkan ialah Pony Ride oleh Batalion Pertama TDDB (1Bn TDDB) di Berakas Garison, Persembahan Pipeband, zumba dan fun games oleh Batalion Kedua TDDB (2Bn TDDB) di Perkhemahan Tutong, menonton wayang, VAB Ride dan lawatan ke Survival Village oleh Batalion Ketiga TDDB (3Bn TDDB) di Perkhemahan Lumut, pameran statik, fun games dan menonton wayang oleh Batalion Bantu (Bn Bntu) di Penanjong Garison serta Khidmat Bantuan Kombat TDDB (KBK TDDB) telah melaksanakan kem riadah di Berakas Garison dan Bolkiah Garison.
Acara aktiviti – aktiviti sempena cuti sekolah bagi anak-anak anggota tentera dan kakitangan awam TDDB merupakan salah satu acara tahunan TDDB yang bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan anggota-anggota TDDB, kakitangan awam dan ahli keluarga yang terlibat.