PERKHEMAHAN LUMUT, Jumaat 05 Januari 2018 – Sambutan Hari Keluarga Peringkat Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) sempena Hari Ulang Tahun (HUT) TDDB yang ke 56 tahun, telah disempurnakan dengan jayanya oleh Yang Mulia Kapten Pg Mas Sanusi Bin Pg Haji Masuni, Pegawai Memerintah Kompeni B 3Bn TDDB. Tetamu Kehormat Sambutan Hari Keluarga tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Erwan Bin Haji Ibrahim, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB.
Acara segera dimulakan dengan Senam Aerobik beramai-ramai yang diketuai oleh Jurulatih Jasmani 3Bn TDDB. Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB seterusnya membuat lawatan ke stesen-stesen permainan yang telah disediakan oleh setiap kompeni dan diiringi oleh Pegawai-Pegawai 3Bn serta keluarga. Stesen-stesen yang disediakan pada hari tersebut dibukakan bagi penyertaan kanak-kanak dan keluarga warga 3Bn.
Setiap kompeni telah menyediakan tempat masing-masing untuk membuat permainan dan aktiviti untuk para pelawat. Di antara permainan yang diadakan adalah seperti melontar belon ke sasaran, bowling menggunakan buah kelapa, menendang bola memasukkan ke dalam tayar, pancing botol dan berlari menggunakan guni. Bermacam-macam jenis jualan juga telah diadakan oleh gerai-gerai jualan.
Konsep sambutan Sambutan Hari Keluarga kali ini adalah untuk memupuk lagi keintiman sesama anggota, memperkenalkan ahli keluarga disamping dapat meluangkan masa bersama keluarga masing-masing.




