KAMPONG PENANJONG, Ahad 28 Januari 2018 – Sebagai tanda terima kasih kepada sokongan dan pengorbanan tenaga dan masa keluarga anggota-anggota Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (Bn Bantu TDDB), satu sambutan Hari Keluarga Sempena HUT TDDB Ke-56 Tahun, telah dipegerusikan dengan jayanya oleh Yang Mulia Kapt Hj Mohd Hisham bin Abdullah Pemangku Ejutan Bn Bantu TDDB yang mana telah dijalankan bertempat di Pantai Pangkalan Pinang, Kg Penanjong.
Tetamu Kehormat bagi Sambutan Hari Keluarga tersebut ialah Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Mohamed Sufri bin Pengiran Haji Rosli, Pegawai Pemerintah Bn Bantu TDDB.
Acara segera dimulakan dengan bergambar ramai bersama warga anggota dan ahli keluarga Bn Bantu TDDB, kata-kata aluan daripada Peg Pem Bn Bantu TDDB dan bacaan doa selamat. Sambutan ini telah dipenuhi dengan pelbagai jenis permainan yang telah disediakan oleh unit-unit Batalion Bantu TDDB seperti Bowling Piasau, Larian Guni, Board Skies, Mengail Botol dan bermacam lagi.
Acara sambutan juga diserikan dengan cabutan bertuah, permainan bouncer, gerai jualan, peraduan mewarna, jualan lelong dan penyampaian hadiah kepada anak-anak anggota Bn Bantu TDDB yang lahir diantara Januari 2017 hingga Januari 2018. Acara di akhiri dengan penyampaian hadiah kepada 03 pemenang yang berjaya mengumpulkan sampah yang terbanyak dan terberat sebagai menanamkan cinta penjagaan dan kebersihan kepada alam sekitar.
Sambutan ini juga bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara keluarga-keluarga anggota berbilang peringkat dan untuk memberikan satu suasana diluar skop tugas seharian.



