Jumaat 2 Feb 2018. Khidmat Bantuan Kombat telah mengadakan acara Sambutan Hari Keluarga peringkat Khidmat Bantuan Kombat yang di mulakan dari Padang Sultan Omar Ali Saifuddin dan berakhir di Taman Mahkota Eko Korridor. Sambutan tersebut adalah sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat Diraja Brunei yang ke 56 tahun.
Tetamu Kehormat acara majlis tersebut adalah Yang Mulia Kol Dr Awg Mohd Hafizul bin Awg Hassan, Pmk Komandan Khidmat Bantuan Kombat. Turut hadir memeriahkan acara tersebut adalah Kol Dr Jefri bin Hj Abd Razak, Lt Kol Tamin bin Tuah, Lt Kol Amilin bin Junit, Peg-Peg Kanan, Peg Mem unit-unit di bawah KBK serta RSM bersama dengan keluarga mereka.
Acara dimulakan dengan pemanasan senamrobik di Padang SOAS yang di ketuai oleh Miss Rose dari Pusat Kecergasan Optima sejurus kehadiran Tetamu Kehormat yang di sambut oleh pengerusi acara, iaitu Mej Mohammad Azhan bin Hj Ahmad, Aktiviti tersebut di teruskan dengan acara Walkathon mengelilingi kawasan Taman Jubli Mahkota dan di akhiri dengan bergambar ramai. Acara tersebut memberi peluang untuk peg dan anggota Khidmat Bantuan Kombat yang dari pelbagai unit untuk berinteraksi dan beriadah diluar tempat bekerja untuk menjalinkan silaturrahim dan meningkatkan ‘Kesatuan’ dikalangan unit dibawah Khidmat Bantuan Kombat. Selain dari itu, ianya juga memberikan pendedahan kepada anggota beserta keluarga yang belum pernah pergi ke Taman Mahkota serta kawasan
