KAMPONG PERPINDAHAN LAMBAK KANAN, 30 Mac 2023 – In conjuction with the blessed month of Ramadhan, personnel from the Royal Guards Regiment Royal Brunei Land Force (RGdR RBLF) participated in a cleaning campaign today as part of its community outreach programme at Kampong Perpindahan Lambak Kanan Mosque.

A total of 25 personnel from RGdR RBLF led by Lieutenant Abdul Mu’az bin Haji Zaidin were involved in this campaign. Also present during the campaign were Imam Haji Azmir bin Haji Amit and the mosque committee members.

The activity serves to further strengthen the relationship between RBLF with the local community as well as to inculcate teamwork and cleanliness as encouraged in Islam. Furthermore, it enhances spiritual development and fosters the desire to serve and contribute back to the community.

REJIMEN PENGAWAL DIRAJA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MELAKSANAKAN PENDEKATAN MASYARAKAT DI MASJID KAMPONG PERPINDAHAN LAMBAK KANAN.

KAMPONG PERPINDAHAN LAMBAK KANAN, 30 Mac 2023 – Sempena bulan Ramadhan yang penuh berkah, anggota-anggota dari Rejimen Pengawal Diraja Tentera Darat Diraja Brunei (RPD TDDB) telah menyertai kempen kebersihan sebagai salah satu program pendekatan masyarakat yang bertempat di Masjid Kampong Perpindahan Lambak Kanan.

Seramai 25 anggota dari RPD TDDB yang diketuai oleh Leftenan Abdul Mu’az bin Haji Zaidin terlibat dalam kempen berkenaan yang mana turut hadir juga adalah Imam Haji Azmir bin Haji Amit dan ahli jawatankuasa masjid tersebut.

Aktiviti tersebut adalah salah satu langkah bagi mengeratkan silaturrahim diantara TDDB dan penduduk kampong serta menanamkan sikap bergotong-royong dan sikap suka menjaga kebersihan sepertimana yang digalakkan didalam Islam. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan lagi pembangunan kerohanian dan mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan warga TDDB serta memupuk semangat untuk berbakti dan menyumbang kepada masyarakat.