BANDAR SERI BEGAWAN, Thursday, 24 August 2023 – A total of 59 Royal Guards Regiment Royal Brunei Land Force (RGdR RBLF) personnel together with their families visited the Royal Regalia Museum and Brunei History Centre today at Bandar Seri Begawan in conjunction with the second term school holiday. The visit was led by Lieutenant Amir Nazri bin Haji Ramlan, Conducting Officer for the tour.
The group first visited the Royal Regalia Museum where they saw exhibits related to the commemoration of the Silver and Golden Jubilee celebrations of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam. They also had the opportunity to go sightseeing which this museum provides a fascinating insight into the rich cultural heritage of Brunei, showcasing the diversity of Malay culture and handicrafts in Brunei Darussalam and they were able to learn the history of the museum.
It continued with a visit to Brunei History Centre where they were given a briefing, followed by visiting the history gallery. They discovered the early history of Brunei, political leaders and figureheads known to the Bruneian community. The visit ended wit a group photo session.
The visit aimed to provide exposure and gain knowledge to the RGdR RBLF personnel and family members on the historical event and culture of Brunei Darussalam. It also serves to strengthen the family bond between parents and children through such activities especially during the school holiday.

REJIMEN PENGAWAL DIRAJA TDDB MELAWAT KE MUZIUM ALAT KEBESARAN DIRAJA DAN PUSAT SEJARAH BRUNEI
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 24 Ogos 2023 – Bersempena dengan cuti sekolah penggal kedua, seramai 59 anggota Rejimen Pengawal Diraja Tentera Darat Diraja Brunei (RPD TDDB) bersama keluarga telah membuat lawatan ke Muzium Alat Kebesaran Diraja dan Pusat Sejarah Brunei pada hari ini di sekitar Bandar Seri Begawan. Lawatan diketuai oleh Leftenan Amir Nazri bin Haji Ramlan, Pegawai Pengendali bagi lawatan tersebut.
Lawatan dimulakan dengan mengunjungi Muzium Alat Kebesaran Diraja yang mana rombongan berpeluang untuk menyaksikan sendiri bahan yang bernilai sejarah bersempena sambutan Jubli Perak dan Jubli Emas pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Rombongan juga melihat secara lebih dekat pelbagai sejarah warisan khazanah dan budaya bangsa Brunei termasuk hasil seni kraf tangan orang Melayu sekaligus didedahkan mengenai sejarah penubuhan muzium tersebut.
Lawatan diteruskan ke Pusat Sejarah Brunei dengan adanya penyampaian taklimat dan melawat bahagian galeri sejarah. Melalui lawatan itu, rombongan diterangkan mengenai sejarah awal Brunei, pemimpin – pemimpin politik dan orang-orang termasyhur yang diketahui umum serta maklumat berkaitan dengan budaya serta cara hidup masyarakat Brunei. Lawatan berakhir dengan sesi bergambar ramai.
Lawatan bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada anggota RPD TDDB dan ahli keluarga mereka berkenaan peristiwa bersejarah dan budaya di Negara Brunei Darussalam yang setentunya akan meningkatkan minat mereka untuk lebih celik sejarah dan mempunyai motivasi yang tinggi untuk mengekalkan sejarah budaya bangsa yang begitu unik. Lawatan juga dihasratkan mampu mengukuhkan ikatan kekeluargaan ibu bapa dan anak – anak khususnya di musim cuti persekolahan dengan mengadakan aktiviti yang bermanfaat bersama keluarga.