SUNGAI AKAR CAMP, Friday, 28 October 2022 – Royal Brunei Armed Forces Care Centre (RBAF CC) held a briefing about Mental Health Awareness to the Royal Guards Regiment Royal Brunei Land Force (RGdR RBLF) officers and personnel today held at Briefing Room, RGdR Headquarters, Sungai Akar Camp. The briefing was delivered by Major Amiza binti Haji Zainal Abidin, Chief Counseling Officer, RBAF CC.
Present during the briefing was Major Hishamuddin bin Haji Marzoki, Deputy Commanding Officer RGdR RBLF. Also attended the briefing was 113 personnel of RGdR RBLF including Officers and Non-Commission Officers.
The briefing discusses on issues related to mental health and raise awareness of apparent symptoms related to mental health issues.
As part of RBAF CC’s initiatives, the briefing was aimed to raise awareness on mental health and share methods on overcoming mental health issues.

PUSAT PRIHATIN ABDB ADAKAN TAKLIMAT KESEDARAN KESIHATAN MENTAL KEPADA ANGGOTA REJIMEN PENGAWAL DIRAJA TDDB
PERKHEMAHAN SUNGAI AKAR, Juma’at, 28 Oktober 2022 – Pusat PRIHATIN Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) mengadakan Taklimat Kesedaran Kesihatan Mental kepada Pegawai-pegawai dan anggota Rejimen Pengawal Diraja (RPD TDDB) pada hari ini bertempat di Bilik Taklimat, Markas RPD, Perkhemahan Sungai Akar. Taklimat telah disampaikan oleh Mejar Amiza binti Haji Zainal Abidin, Ketua Pegawai Kaunseling, Pusat PRIHATIN ABDB.
Hadir pada taklimat tersebut ialah Mejar Hishamuddin bin Haji Marzoki, Timbalan Pegawai Pemerintah RPD TDDB. Turut hadir ialah 113 anggota RPD TDDB termasuk Pegawai-pegawai dan Pegawai Tidak Bertauliah dari RPD TDDB.
Taklimat tersebut antara lain membincangkan perkara mengenai isu kesihatan mental dan mengenali tanda-tanda serta simptom kesihatan mental kepada anggota yang.
Taklimat Kesedaran Kesihatan Mental adalah salah satu inisiatif yang dijalankan oleh Pusat PRIHATIN ABDB untuk meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan mental dan mengongsikan cara mengatasi masalah kesihatan mental.