MADANG, 07 September 2023 – The Royal Guards Regiment Royal Brunei Land Force (RGdR RBLF) conducted its Community Outreach Programme at the Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit Mosque, Kampong Madang together with the local residents.
A total of 15 personnel from RGdR RBLF participated, led by Major Mohammad Syahril Amin bin Pehin Dato Haji Abdu’r Rahmani, Officer Commanding, Pahlawan Company RGdR RBLF. The programme began with Maghrib prayers led by Imam Awang Razman bin Haji Ramlee followed by the recitation of Surah Yassin, Tahlil, and Isya’ prayers.
The Community Outreach Programme in the Brunei-Muara District is expected to have a positive effect by allowing RBLF personnel the opportunity in fostering relationships and strengthen bonds with the local residents, and at the same time be able to generate a strong sense of spirituality.

REJIMEN PENGAWAL DIRAJA TDDB MERIAHKAN MASJID SURI SERI BEGAWAN RAJA PENGIRAN ANAK DAMIT
MADANG, 07 September 2023 – Rejimen Pengawal Diraja Tentera Darat Diraja Brunei (RPD TDDB) telah mengadakan Program Jangkauan Masyarakat di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampong Madang bersama penduduk-penduduk kampung.
Seramai 15 anggota RPD TDDB telah menyertai Program tersebut yang diketuai oleh Mejar Mohammad Syahril Amin bin Pehin Dato Haji Abdu’r Rahmani, Pegawai Memerintah, Kompeni Pahlawan, RPD TDDB. Program dimulakan dengan menunaikan Solat Fardhu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Awang Razman bin Haji Ramlee serta diteruskan dengan bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Solat Fardhu Isya’ berjemaah bersama penduduk-penduduk Kampong Madang.
Program Jangkauan Masyarakat di Daerah Brunei-Muara ini, memberi impak yang positif dengan memberikan peluang anggota-anggota TDDB untuk mengukuhkan hubungan ukhuwah dan mengeratkan lagi ikatan silaturrahim bersama penduduk-penduduk kampung dan pada masa yang sama dapat menjana semangat kerohanian yang kukuh.