TUTONG CAMP, Thursday, 17 December 2020 – The closing ceremony for Tahsinul Fikrah Workshop was conducted by Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF) in collaboration with the Royal Brunei Armed Forces Religious Department (JAMA’AT) at the Lecture Room, Surau Pengiran Ratna Indera, Tutong Camp. This workshop started
from 14th to 17th December 2020 and was participated by military and civilian members from First Battalion RBLF, Second Battalion RBLF, Third Battalion RBLF, Support Battalion RBLF and Combat Service Support RBLF.

Present as the guest of honour was Lieutenant Colonel Pengiran Haji Saiful Amirul Bakri bin Pengiran Haji Ramli, Commanding Officer 2Bn RBLF. The ceremony commenced with the recital of Surah Al-Fatihah followed by Surah Yaasin and speech by the guest of honour. 

In his speech, the guest of honour advised the workshop participants to apply and practice the skills acquired from the workshop in a community setting because provision of care to the deceased requires realistic experiences and continuous practice in order to master the knowledge of Fardhu Kifayah. He also highlighted the importance of the workshop as it teaches skills to be practiced within the family and work as well as in organisations as a whole. It is also important that the young generation soldiers are equipped, brave and ready to contribute towards the community as the young generation are future assets that will develop the nation in particular the RBLF. The ceremony was then followed by the handing of certificates to the course participants, mementos to the religious trainer and concluded with doa selamat. 

MAJLIS PENUTUP BENGKEL TAHSINUL FIKRAH PERINGKAT TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI

PERKHEMAHAN TUTONG, Khamis, 17 Disember 2020 – Majlis Penutup Bengkel Tahsinul Fikrah yang merupakan bengkel berkaitan penyempurnaan jenazah telah diungkayahkan dengan jayanya oleh Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB) dengan kolaberasi bersama Jabatan Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMAAT ABDB) bertempat di Bilik Kuliah, Surau Pengiran Ratna Indera, Perkhemahan Tutong. Bengkel ini telah berlangsung bermula 14 hingga 17 Disember 2020 dan dihadiri oleh anggota tentera dan kakitangan awam daripada Batalion Pertama TDDB, Batalion Kedua TDDB, Batalion Ketiga TDDB, Batalion Bantu TDDB dan Khidmat Bantuan Kombat TDDB.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Leftenan Kolonel Pengiran Haji Saiful Amirul Bakri bin Pengiran Haji Ramli, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan Surah Yassin dan ucapan daripada tetamu kehormat.

Dalam ucapannya, beliau telah menasihatkan para peserta bengkel supaya dapat menerapkan segala kemahiran yang diperolehi dari bengkel tersebut untuk dipraktikkan dan diamalkan dalam hidup bermasyarakat kerana penyempurnaan jenazah itu memerlukan praktikal yang berlanjutan dan juga pengalaman yang realistik bagi menguasai dan memahirkan diri dalam ilmu Fardhu Kifayah. Selain itu, beliau juga menekankan betapa pentingya bagi bengkel ini diteruskan oleh kerana pengajaran kemahiran pengurusan jenazah tersebut dapat digunakan di kalangan ahli keluarga, di tempat kerja mahu pun di dalam organisasi secara keseluruhannya. Tambahan pula, generasi muda selaku generasi pelapis dan aset kepada pembangunan negara lebih-lebih lagi selaku anggota TDDB mestilah berani dan tampil kehadapan untuk menyumbang bakti kepada masyarakat sekeliling dalam sama-sama membangun negara. Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta bengkel seterusnya penyampaian cenderahati kenangan kepada Guru Agama yang terlibat dan majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat.