
BERAKAS GARRISON, Wednesday, 03 March 2021 - Royal Brunei Land Force (RBLF) held Tadarus and Khatam Al-Quran Ceremony at RBLF Headquarters this morning. Present as the Guest of Honour was RBLF Commander, Brigadier General Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan. Also present were Deputy Commander RBLF and senior officers. A total of 302 RBLF personnel participated in the ceremony conducted separately in every Headquarters and all Surau in RBLF Camps through Video Conference.
The ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah led by Ustaz Muhammad Rafi’uddin bin Haji Md Ali, Religious Teacher of Berakas Garrison. The ceremony then continued with the recitation of verses of Al-Quran by every personnel simultaneously. The ceremony concluded with recitation of Closing Doa for Khatam Al-Quran.
This ceremony aims to obtain the blessings of the Al-Quran and to cultivate the practice of reading of Al-Quran among TDDB officers and personnel where 2 pages was assigned to each of them to read.


MAJLIS TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN TDDB
BERAKAS GARISON, Rabu, 03 Mac 2021 – Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah diadakan di Markas TDDB pada pagi ini. Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Mulia Pemerintah TDDB, Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan. Turut hadir ialah Timbalan Pemerintah TDDB dan Pegawai-pegawai Kanan.
Majlis yang dibuat melalui Video Conference tersebut telah diikuti oleh seramai 302 anggota TDDB secara berasingan yang telah diadakan di setiap Markas dan semua surau perkhemahan TDDB. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diketuai oleh Guru Ugama Berakas Garison, Ustaz Muhammad Rafi’uddin bin Haji Md Ali dan kemudian diikuti dengan bacaan surah-surah oleh setiap anggota secara serentak. Majlis diakhiri dengan Doa Penutup membaca Al-Quran.
Majlis ini bertujuan untuk meraih keberkatan dan syafaat Al-Quran disamping membudayakan amalan membaca Al-Quran dikalangan anggota TDDB dimana setiap anggota dibahagikan 2 mukasurat untuk dibaca ianya dilaksanakan pada setiap Rabu di awal bulan.