BERAKAS GARRISON, Wednesday, 25 October 2023 – The 7th Brunei – Malaysia Army to Army Talks (BRUMAL A2AT) 2023 was held between Royal Brunei Land Force (RBLF) and Malaysian Army from 23 October 2023 to 26 October 2023 at the Officers’ Mess, Berakas Garrison.
The meeting was co-chaired by Lieutenant Colonel Pengiran Mohamed Sufri bin Pengiran Haji Rosli, Chief of Staff RBLF and the Malaysian Army Head of Delegation, Major General Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki, Assistant Chief of Staff of Operations and Training, Malaysia Army.
The BRUMAL A2AT is an important platform for both armies to coordinate bilateral engagements such as meetings, courses, military exercises, and visits. The meeting is held annually and hosted by both countries on an alternate basis. In addition, it also facilitates future planning to further enhance defence diplomacy between RBLF and The Malaysian Army, as well as maintaining military and diplomatic cooperation.


MALAYSIA-BRUNEI ARMY TO ARMY TALKS 2023 KUKUH HUBUNGAN DUA HALA
BERAKAS GARISON, Rabu, 25 Oktober 2023 – Mesyuarat BRUMAL Army to Army Talks (BRUMAL A2AT) kali ke 7 telah diadakan di antara Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Tentera Darat Malaysia (TDM) bermula 23 Oktober 2023 hingga 26 Oktober 2023 bertempat di Mes Pegawai, Berakas Garison.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan bersama oleh Leftenan Kolonel Pengiran Mohamed Sufri bin Pengiran Haji Rosli, Ketua Staf TDDB dan Ketua Delegasi TDM iairu Mejar Jeneral Dato’ Haji Semaon bin Haji Marjuki, Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan TDM.
BRUMAL A2AT merupakan platform penting bagi kedua-dua Angkatan Tentera Darat untuk menyelaraskan hubungan dua hala seperti mesyuarat, kursus, eksesais ketenteraan, dan lawatan. Mesyuarat ini diadakan setiap tahun dan dihoskan oleh kedua dua negara secara bergilir. Di samping itu, ia bertujuan bagi memudahkan perancangan masa hadapan dalam meningkatkan lagi diplomasi pertahanan di antara TDDB dan TDM serta mengekalkan kerjasama ketenteraan dan diplomatik.