MUKIM LABI, Thursday, 11 November 2021 – After the occurrence of the recent heavy rain causing subsequent flooding and landslide in some areas of Belait District, the Combat Engineers Squadron, Support Battalion Royal Brunei Land Force (CES, Sp Bn RBLF) and Third Battalion RBLF (3Bn RBLF), with the assistance from Public Works Department (PWD) have continued to play a supporting role in Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) operations. Among those badly affected were lowland areas in Kampong Rampayoh where CES, Sp Bn RBLF and 3Bn RBLF personnel were deployed to provide assistance.

Continued mobility support has been provided to the residents by fixing the eroded roads that connect the main road and the bridge at the village. CES, Sp Bn RBLF were deployed to build a Medium Girder Bridge (MGB) with the assistance of the Assault Pioneer Platoon, 3Bn RBLF (AP 3Bn RBLF) as a temporary bridge while waiting for the road to be completely repaired. Other aids rendered included the building of the handle post as an alternative route for the use of the pedestrians in the village.

Such HADR operations are a true reflection of the RBLF’s continued commitment in substantially supporting the National Disaster Management Centre, as the nation’s lead agency in disaster response, as well as other relevant agencies in rapidly and effectively alleviating such situations. In addition to this, such operations also contribute to fostering good civil-military relations between the RBLF, civilian agencies as well as members of the community.
 

TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM BANTUAN OPERASI KEMANUSIAAN DAN BENCANA ALAM DI DAERAH BELAIT

MUKIM LABI, Khamis, 11 November 2021 – Selepas kejadian hujan lebat menyebabkan banjir dan tanah susur di beberapa kawasan Daerah Belait, Skuadron Jurutera Tempur Batalion Bantu Tentera Darat Diraja Brunei (SJT, Bn Bantu TDDB) dan Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) serta bantuan dari Jabatan Kerja Raya (JKR) terus memainkan peranan yang penting dalam menghulurkan bantuan operasi kemanusiaan dan bencana alam. Antara kawasan yang teruk terjejas adalah kawasan tanah rendah di Kampong Rampayoh di mana anggota dari SJT, Bn Bantu TDDB dan 3Bn TDDB telah diatur gerak untuk memberikan bantuan.

Bantuan daya gerak diberikan kepada penduduk dengan memperbaiki jalan raya yang terhakis yang menghubungkan jalan utama dan jambatan di kampong tersebut. SJT, Bn Bantu TDDB telah diatur gerak dengan bantuan dari Platun Rintis Serang, 3Bn TDDB untuk membina Medium Girder Bridge (MGB) sebagai jambatan sementara menunggu jalan utama dibaik pulih sepenuhnya. Bantuan lain yang disalurkan juga termasuk membina Handle Post sebagai laluan alternatif untuk kegunaan pejalan kaki di kampung tersebut.

Operasi seperti ini mencerminkan komitmen TDDB yang berterusan dalam menyokong Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC), sebagai agensi peneraju utama dalam menangani bencana, serta agensi-agensi lain yang berkaitan dalam menangani situasi tersebut dengan pantas dan berkesan. Tambahan lagi, operasi seperti ini turut menyumbang dalam mengeratkan hubungan baik di antara pihak TDDB bersama agensi-agensi awam dan masyarakat.