HANOI, Friday, 21 September 2023 – The Closing Ceremony of the ASEAN Defence Minister’s Meeting Plus (ADMM-Plus) Experts’ Working Group on Peacekeeping Operations (EWG PKO) Field Exercise was held at the National Military Training Center No.4, Hanoi, Republic Socialist of Vietnam. A total of five personnel from the Royal Brunei Land Force (RBLF) were involved in the field exercise which took place from 6 September 2023 until 24 September 2023.

The field exercise is now known as the ADMM Plus EWG-PKO Competency Evaluation Program for Prospective UN Peacekeepers (CEPPP). The CEPPP is a combined exercise program with the focus on United Nations Military Observer (UNMO) undertaking their tasks in coordination with an Engineer Platoon and a Medical Team at the tactical level to support the mandated tasks in a UN peacekeeping mission setting.

The overall aim of the CEPPP is to enhance partnership and collaboration among Member States’ participants when undertaking UN peacekeeping operations at the tactical level while enhancing the abilities and coordination among Member States’ personnel when fulfilling the role of UN Military Observers (UNMOs) in intricate and integrated multidimensional UN missions. It is also to enhance the enabling capabilities, such as engineering operations and on-the-ground medical care coordination with UNMOs, to aid in fulfilling tasks mandated by the UN Security Council within a standard UN peacekeeping mission as well as to identify essential training gaps to enhance the training before deployment and capacity-building initiatives for Member States.

The program encompasses instructors from participating countries provided general theoretical knowledge on UN peacekeeping operations and guided the three elements of military observers, engineers, and medical personnel with essential skills, including communication via radios and medical first aid prior the execution of integrated exercises on a simulated training ground to practice coordinated activities while carrying out duties at UN peacekeeping missions.

 

TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENGHADIRI ADMM-PLUS EWG PKO CEPPP DI REPUBLIK SOSIALIS VIETNAM

HANOI, Jumaat, 21 September 2023 – Majlis Penutup ASEAN Defence Minister’s Meeting Plus (ADMM-Plus) Experts’ Working Group on Peacekeeping Operations (EWG on PKO) telah berlangsung di National Military Training Center No.4, Hanoi, Republik Sosialis Vietnam. Seramai lima anggota dari Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) menghadiri program tersebut yang berlangsung pada 6 September 2023 hingga 24 September 2023.

Eksesais berkenaan kini dikenali sebagai ADMM Plus EWG-PKO Competency Evaluation Program for Prospective UN Peacekeepers (CEPPP). CEPPP merupakan gabungan program eksesais dengan tumpuan kepada pemerhati tentera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjalankan tugas mereka dengan menyelaraskan Platun Jurutera dan Pasukan Perubatan di peringkat taktikal untuk menyokong tugas yang dimandatkan dalam persekitaran misi pengaman PBB.

Matlamat keseluruhan CEPPP ialah untuk meningkatkan perkongsian dan kerjasama di antara peserta negara-negara ahli apabila menjalankan tugas-tugas operasi pemeliharaan keamanan PBB di peringkat taktikal. Ia merangkumi pengukuhan keupayaan dan koordinasi di antara kakitangan negara-negara ahli apabila menjalankan peranan sebagai pemerhati tentera PBB di dalam misi keamanan yang bersifat rumit dan multidimensi. Selain itu, ia memperkukuhkan keupayaan sokongan, seperti operasi kejuruteraan dan koordinasi penjagaan perubatan di lapangan dengan pemerhati tentera PBB untuk membantu dalam menjalankan tugas yang diberi mandat oleh Majlis Keselamatan PBB dalam misi pemeliharaan keamanan PBB. Pada masa yang sama, ia bertujuan untuk mengenalpasti kekurangan yang ada semasa latihan dan seterusnya memperbaiki latihan sebelum penghantaran misi penyertaan dan selaku inisiatif pembangunan kapasiti bagi negara-negara ahli.

Program ini melibatkan jurulatih dari negara-negara peserta yang memberikan pengetahuan teori umum tentang operasi pemeliharaan keamanan PBB dan memberi panduan terhadap tiga elemen iaitu pemerhati tentera, jurutera, dan kakitangan perubatan dengan kemahiran penting, termasuk komunikasi melalui radio dan pertolongan perubatan awal sebelum melaksanakan latihan sepadu di kawasan latihan simulasi untuk berlatih dalam aktiviti yang berkoordinasi semasa menjalankan tugas dalam misi pemeliharaan keamanan PBB.