BANDAR SERI BEGAWAN, Saturday, 15 July 2023 – His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam consented to join alongside his citizens in celebrating the 77th birthday of His Majesty, accompanied by the Royal Family at Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.
The Guard of Honour Parade began with the National Anthem “Allah Peliharakan Sultan” which was accompanied by a 21-gun salute. The event was followed by the inspection of the parade by His Majesty, comprising a total of 1,233 personnel from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Royal Brunei Police Force (RBPF), a combination of ceremonial bands from RBAF and RBPF as well as government departments and uniformed organisations.
During the parade, a total of 175 personnel represented the RBLF as well as the Royal Regimental Colours flag bearers from First Battalion (1Bn) RBLF contingents. Also in significance, the Parade Commander was Lieutenant Colonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Field Commander of RBLF. Following the three chants of ”Daulat Kebawah Duli Tuan Patik” by the parade, His Majesty once again received the Royal Salute, which was followed by the National Anthem and a fly-past by a fleet of Royal Brunei Air Force helicopters.
The Guard of Honour Parade marked the commencement of month-long festivities of His Majesty’s 77th birthday including the annual get-together ceremonies where His Majesty and other members of the royal family meet the public from each district.

TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI SERTAI ISTIADAT BARISAN KEHORMATAN BAGI SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA KE-77 TAHUN
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 15 Julai 2023 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat menyertai rakyat dan penduduk dalam Istiadat Perbarisan Kehormatan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM yang ke-77 tahun, bersama Ahli-ahli Kerabat Diraja yang lain di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.
Istiadat Perbarisan Kehormatan dimulakan dengan Lagu Kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’ yang disertakan dengan tembakan meriam sebanyak 21 das di perkarangan Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien. Acara diikuti dengan KDYMM memeriksa perbarisan yang terdiri daripada anggota-anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), gabungan pancaragam ABDB dan PPDB serta jabatan-jabatan kerajaan dan pertubuhan awam berseragam.
Seramai 175 anggota TDDB serta Kawalan Panji-panji dari Batalion Pertama TDDB mengambil bahagian dalam Istiadat tersebut. Tambahan pula, Leftenan Kolonel Mohammad Fakaruddin Zuraidie bin Haji Ramli, Pemerintah Medan TDDB memimpin perbarisan selaku Pemerintah Perbarisan Kehormatan. Sejurus laungan tiga kali ‘Daulat Kebawah Duli Tuan Patik’ oleh kesemua pasukan yang mengambil bahagian, di akhir Istiadat Barisan Kehormatan, KDYMM sekali lagi menerima hormat diraja dan disusuli dengan terbang lalu helicopter dari Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB).
Istiadat Perbarisan Kehormatan yang gilang-gemilang ini menandakan bermulanya perayaan selama sebulan bagi Hari Keputeraan KDYMM ke 77 tahun termasuk Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat yang mana KDYMM dan ahli Kerabat Diraja berpeluang untuk berinteraksi bersama rakyat dan penduduk di setiap daerah.