BANDAR SERI BEGAWAN, Monday, 15th July 2024 – A Grand Parade in conjunction with His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam’s 78th birthday celebration was held at the Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

His Majesty was joined by His Royal Highness Prince Haji Al-Muhtadee Billah ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister’s Office, His Royal Highness Prince ‘Abdul Malik, His Royal Highness 920 Major (U) Prince ‘Abdul Mateen, His Royal Highness Prince Mohamed Bolkiah, His Royal Highness Prince Haji Sufri Bolkiah, and His Royal Highness Prince Haji Jefri Bolkiah.

His Majesty’s arrival at the Royal Dais was greeted with the Royal Salute followed by the National Anthem “Allah Peliharakan Sultan” and a customary 21-gun salute in honour of His Majesty’s birthday. His Majesty then consented to inspect the Guard of Honour, comprising a total of 1149 personnel from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Royal Brunei Police Force (RBPF) and members of uniformed government departments and associations.

The Grand Parade was commanded by Lieutenant Colonel Pengiran Baharuddin bin Pengiran Haji Ali, Commanding Officer of the Second Battalion Royal Brunei Land Force (2Bn RBLF), and showcased both RBAF and RBPF personnel performing slow and quick march passes. The first and second contingent were led by Major Abdul Aziz bin Abd Latif and Captain Shah Minan@Adnan bin Haji Rosli from the Royal Guards Regiment RBLF respectively, while the third contingent was headed by Major Afifah@Afifah Hasanah binti Haji Ali Hassan from the Medical Services Headquarters, RBLF. A total of 168 personnel from the RBLF partook in the grand parade including the Royals and Regimental Colours’ bearers namely Lieutenant Haji Shahbudi Waqiyuddin bin Wasli, Lieutenant Muhammad ‘Izzuddin Halmii bin Haji Othman and Lieutenant Muhammad Syahmi bin Haji Kamaluddin from the 2Bn RBLF, and Warrant Officer 1 Rozain bin Haji Pungut, Regiment Sergeant Major from the Royal Guards Regiment RBLF.

At its closing, the salutations of “Daulat Kebawah Duli Tuan Patik” was then cheered out three times from the parade contingents followed by the Royal Salute, National Anthem and a fly-past featuring Blackhawk helicopters and C295MW from the Royal Brunei Air Force.

TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI SERTAI ISTIADAT BARISAN KEHORMATAN BAGI SAMBUTAN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA KE-78 TAHUN

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 15 Julai 2024 – Istiadat Barisan Kehormatan sempena sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78 tahun telah berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien.

Berangkat sama bagi menyaksikan perbarisan tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (U) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

Ketibaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung ke Pentas Diraja untuk menerima Tabik Hormat Diraja dan diiringi dengan Lagu Kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’ dan tembakan elico sebanyak 21 das sebagai penghormatan bagi Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia. Seterusnya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung memeriksa kontinjen perbarisan yang terdiri daripada 1149 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan Jabatan-jabatan dan persatuan-persatuan berseragam.

Istiadat Barisan Kehormatan mempamerkan barisan lalu dalam masa perlahan dan cepat oleh anggota-anggota ABDB dan PPDB di bawah pimpinan Ketua Perbarisan, Leftenan Kolonel Pengiran Baharuddin bin Pengiran Haji Ali, Pegawai Pemerintah Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB). Kontinjen pertama dan kedua masing-masing diketuai oleh Mejar Abdul Aziz bin Abd Latif dan Kapten Shah Minan@Adnan bin Haji Rosli daripada Rejimen Pengawal Diraja (RPD) TDDB, manakala kontinjen ketiga dipimpin oleh Mejar Afifah@Afifah Hasanah binti Haji Ali Hassan daripada Markas Khidmat Perubatan dan Kesihatan, TDDB.

Seramai 168 anggota TDDB telah mengambil bahagian dalam Istiadat Barisan Kehormatan tersebut termasuk rombongan Panji-Panji Diraja dan Panji-Panji Pasukan iaitu Leftenan Haji Shahbudi Waqiyuddin bin Wasli, Leftenan Muhammad ‘Izzuddin Halmii bin Haji Othman dan Leftenan Muhammad Syahmi bin Haji Kamaluddin dari 2Bn TDDB, dan Pegawai Waran 1 Rozain bin Haji Pungut, Sarjan Mejar Rejimen daripada RPD TDDB.

Istiadat Barisan Kehormatan diakhiri dengan laungan tiga kali ‘Daulat Kebawah Duli Tuan Patik’ daripada kontinjen perbarisan dan diikuti dengan Tabik Hormat Diraja, Lagu Kebangsaan serta terbang lalu yang menampilkan pesawat-pesawat helikopter Blackhawk dan C295MW dari Tentera Udara Diraja Brunei.