TANAH JAMBU, Friday, 17 November 2023 –  Two Royal Brunei Land Force (RBLF) officers received the OBOE Endeavour Academic Excellence Award from the Australian Government in recognition of their outstanding results during the recently concluded 13th Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Command and Staff Course (CSC) 2023, held at the Auditorium of the Defence Academy (DA) RBAF, Kampung Tanah Jambu.

Present as the Guest of Honour was His Excellency Luke Arnold, High Commissioner of Australia to Brunei Darussalam. Also present were Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of RBAF, Services Commanders, Acting Service Commander, Acting Joint Force Commander, members of the Australian High Commission, Directors, as well as DA RBAF officers.

The ceremony commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah followed by the welcoming remarks from Colonel Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Haji Yusof, Commandant of DA RBAF. The ceremony continued with a speech by His Excellency Luke Arnold who was then invited to present the awards.

The award recipients for RBLF officers were Major Mohammad Sufrien bin Johan and Major Abdul Rahim bin Haji Adris. These officers are among the six RBAF officers that will be invited to Australia to meet with key leaders of the Australian Defence Force, tour Australian military bases, participate in educational and cultural activities,  engage in dialogues and discussions aimed to impart knowledge about Australia and its Defence Force, share commonalities on the region’s security and interest, as well as to enhance the bilateral defence relations between Brunei Darussalam and Australia.

The OBOE Endeavour Award is an academic excellence programme from the Australian Government, awarded to Command and Staff Course participants who have achieved outstanding results during the course. The award was first presented in 2018 and is currently in its sixth iteration.

PEGAWAI-PEGAWAI TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI TERIMA ANUGERAH OBOE ENDEAVOUR ACADEMIC EXCELLENCE 2023

TANAH JAMBU, Jumaat, 17 November 2023 – Seramai dua Pegawai Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menerima anugerah OBOE Endeavour Academic Excellence dari Kerajaan Australia sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlang di dalam Kursus Maktab Turus ABDB sesi ke 13 pada majlis yang diadakan di Auditorium, Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB), Kampung Tanah Jambu.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Tuan Yang Terutama Luke Arnold, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam. Turut hadir ialah Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB, Pemerintah-Pemerintah dan Pemangku Pemerintah Angkatan Tentera, Pemangku Pemerintah Angkatan Bersama, kakitangan dari Suruhanjaya Tinggi Australia, Pengarah – pengarah serta Pegawai-Pegawai AP ABDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Kolonel Pengiran Sharifuddin bin Pengiran Haji Yusof, Komandan AP ABDB, dan diteruskan dengan ucapan daripada Tuan Yang Terutama Luke Arnold yang kemudiannya dijemput untuk menyampaikan anugerah.

Penerima-penerima anugerah yang terdiri daripada Pegawai-pegawai TDDB adalah Mejar Mohammad Sufrien bin Johan, dan Mejar Abdul Rahim bin Haji Adris. Pegawai-pegawai tersebut adalah di antara enam pegawai ABDB yang akan dijemput ke Australia untuk berjumpa dengan Ketua-ketua Pertahanan Australia, melawat pangkalan tentera Australia, mengikuti aktiviti-aktiviti pendidikan dan kebudayaan, serta melibatkan diri dalam sesi dialog dan perbincangan yang bertujuan untuk memberikan kefahaman kepada pegawai-pegawai berkenaan mengenai Australia dan Angkatan Tentera Australia, serta berkongsi mengenai persamaan di dalam kepentingan keselamatan serantau dan meningkatkan lagi hubungan pertahanan dua hala antara Negara Brunei Darussalam dan Australia.

Anugerah OBOE Endeavour adalah Program Kecemerlangan Akademik daripada Kerajaan Australia yang dianugerahkan kepada peserta-peserta Kursus Maktab Turus yang telah mencapai keputusan yang cemerlang semasa kursus tersebut. Ianya pertama kali disampaikan pada tahun 2018 dan kini dalam lelaran keenamnya.