BANDAR SERI BEGAWAN, Friday, 15th March 2024 – In conjunction with the blessed month of Ramadhan 1445 Hijrah, the Royal Brunei Land Force (RBLF) has joined a delegation from The Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) for the Surah Yaasin and Tahlil event held in remembrance of the late parents and son of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, and Al-Marhum His Royal Highness Prince Haji ‘Abdul ‘Azim ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah at the Royal Mausoleum.
The event were attended by Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister’s Office and Minister of Defence II, Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) and Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary at the Ministry of Defence and senior leaderships as well as officers and personnel from the Ministry of Defence and the RBAF. Joining the event from the RBLF were Brigadier General Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, the Commander of RBLF, as well as senior officers, officers, and personnel of RBLF.
The ceremony commenced with the mass recitation of Surah Yaasin and Tahlil, concluded with the recital of doa led by Lieutenant Lieutenant Colonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Staff Officer Grade 1 Religious Operations, RBAF Religious Directorate.
The annual Surah Yaasin and Tahlil recitation was held as part of the Ministry of Defence Ihya Ramadhan programme as well as other religious activities in the holy month of Ramadhan.

TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI SERTAI MAJLIS MEMBACA SURAH YAASIN DAN TAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 15 Mac 2024 – Sempena menyambut bulan Ramadan 1445H yang penuh berkah, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menyertai rombongan ziarah daripada Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi Majlis Membaca Surah Yaasin dan Tahlil khusus bagi ayahanda dan bonda serta anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah yang berlangsung di Kubah Makam Diraja.
Hadir bagi majlis berkenaan ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata DIraja Brunei (ABDB) dan Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan dan peringkat kepimpinan serta pegawai-pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan dan ABDB. Hadir bagi rombongan daripada TDDB ialah Brigedier Jeneral Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman Pemerintah TDDB, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan anggota-anggota TDDB.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin dan Tahlil secara beramai-ramai dan diakhiri dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar, Pegawai Turus Gerakan Agama, Jabatanarah Agama ABDB.
Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil ini adalah sebahagian daripada Program Ihya Ramadhan Kementerian Pertahanan dan kegiatan-kegiatan keugamaan di bulan suci Ramadhan yang diadakan setiap tahun.