BERAKAS GARISSON, Monday, 17th June 2024 – Muslims throughout the country celebrated Hari Raya Aidiladha 1445 Hijrah with mass Hari Raya Aidiladha Prayers held at Mosques and Suraus nationwide including Suraus at all Royal Brunei Land Force (RBLF) camps.

Present at the ceremony held at Surau Al-Fa’izun, Berakas Garrison was Lieutenant Colonel Erwan bin Haji Ibrahim, Chief of Staff of RBLF. Also present were Senior Officers, Officers and RBLF personnel. Similar ceremonies were held concurrently at all RBLF camps attended by respective Commanding Officers, Officers and personnel including ceremonies attended by Officers and Personnel from the Field Headquarters RBLF and School of Infantry RBLF at Surau Al-Hikmah, Penanjong Garrison and personnel on duty at Pulau Baru-Baru Mosque.

The ceremony commenced with Hari Raya Takbir  followed by Hari Raya Aidiladha Prayers. The ceremony then proceeded with sermons delivered by Imam Haji Md Anndy@Rafaie bin Saile, Imam of Surau Al-Faizun which then concluded with Tasbih Kafarah and a Closing Doa.

The celebration of Aidiladha is a day for all Muslims to glorify Asma Allah by Takbir, Tahmid and Tasbih whilst upholding the Islamic Syiar of performing the Ibadah Korban whereby the sacrificial meat is distributed to the less fortunate to seek blessings and attain a noble place in the sight of Allah SWT.

TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI TUNAIKAN SEMBAHYANG SUNNAT HARI RAYA AIDILADHA 1445 HIJRAH

BERAKAS GARISON, Isnin, 17 Jun 2024 – Umat Islam di Negara Brunei Darussalam telah menyambut Hari Raya Aidiladha dengan menunaikan Sembahyang Sunnat Hari Raya Aidiladha 1445 Hijrah secara berjemaah di semua masjid dan surau di seluruh negara termasuk surau-surau di semua Perkhemahan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB).

Hadir bagi majlis yang diadakan di Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison ialah Leftenan Kolonel Erwan bin Haji Ibrahim, Ketua Staf TDDB. Turut hadir di majlis tersebut adalah Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan anggota TDDB. Majlis yang sama juga turut diadakan secara serentak di semua perkhemahan TDDB dihadiri oleh Pegawai-pegawai Pemerintah, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota perkhemahan masing-masing termasuk acara yang dihadiri oleh Markas Medan TDDB dan Sekolah Infantri TDDB di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison dan anggota yang bertugas di Masjid Pulau Baru-baru.

Acara dimulakan dengan laungan Takbir Hari Raya beramai-ramai diikuti dengan Sembahyang Sunat Aidiladha dan penyampaian Khutbah yang disampaikan oleh Imam Haji Md Anndy@Rafaie bin Saile, Imam Surau Al-Fa’izun. Acara kemudian diakhiri dengan Tasbih Kafarah dan Doa Penutup.

Sambutan Aidiladha merupakan hari bagi seluruh umat Islam mengagungkan Asma Allah dengan bertakbir, bertahmid dan bertasbih serta menegakkan Syiar Islam dengan melaksanakan ibadah korban dimana daging-daging korban diberikan kepada yang kurang bernasib baik bagi mendapatkan rahmat serta mendapatkan tempat yang mulia di sisi Allah.