BERAKAS GARISSON, Friday, 21 May 2023 – A mass Hari Raya Aidilfitri prayer was held this morning at all Royal Brunei Land Force (RBLF) suraus and religious halls to welcome Syawal 1444 H.
Present to join the mass prayer at Surau Al-Fa’izun, Berakas Garrison was Colonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Deputy Commander of RBLF. Also present were Colonel Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Field Commander RBLF, Senior officers, officers and RBLF personnel. Similar ceremonies were also held across all RBLF camps attended by the respective Commanding Officers.
The ceremony commenced with Hari Raya Takbir followed by Hari Raya Aidilfitri Prayers led by Private Abd Manan bin Othman from Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate. The event proceeded with a sermon delivered by Imam Haji Md Anndy @ Rafaie bin Saile, Imam of Surau Al-Faizun. The ceremony then concluded with a recitation of Tasbih Kafarah.
The prayer was held to express gratitude to Allah SWT for giving the opportunity to once again reap the benefits of the blessed month of Ramadhan, a month of great blessings, forgiveness, empathy, patience and gratitude as well as a month to seek forgiveness from family and friends.




TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI TUNAIKAN SEMBAHYANG SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI 1444 HIJRAH
BERAKAS GARISON, Jumaat, 21 Mei 2023 – Umat Islam di Negara Brunei Darussalam pada hari ini telah menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri dengan menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri 1444 Hijrah secara berjemaah di kesemua masjid dan surau di seluruh negara termasuk surau-surau di semua Perkhemahan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB).
Hadir bagi majlis yang telah diadakan di Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison ialah Kolonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Timbalan Pemerintah TDDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah Leftenan Kolonel Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Pemerintah Medan TDDB, Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai, dan anggota TDDB. Majlis yang sama juga turut diadakan secara serentak di semua perkhemahan TDDB dengan dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Pemerintah.
Acara dimulakan dengan laungan Takbir Hari Raya diikuti dengan Sembahyang Sunat Aidilfitri diimamkan oleh Soldadu Abd Manan bin Othman dari Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan kemudian diteruskan dengan khutbah yang disampaikan oleh Imam Surau Al-Faizun, Imam Haji Md Anndy @ Rafaie bin Saile. Acara kemudian diakhiri dengan bacaan Tasbih Kafarah.
Sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri diadakan adalah bagi memanjatkan syukur kehadrat Allah SWT kerana telah memberi peluang kepada umat Islam berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadan di samping ianya juga merupakan masa yang baik untuk saling bermaafan sesama ahli keluarga dan rakan taulan.