BERAKAS GARISSON, Monday, 02 May 2022 – Muslims throughout the country today celebrated Hari Raya Aidilfitri 1443 Hijrah with mass Hari Raya Aidilfitri Prayers held at mosques and suraus nationwide including suraus at all camps of the Royal Brunei Land Force.

Present for the ceremony held at Surau Al-Fa’izun, Berakas Garrison was Colonel Azman bin Haji Bangkol, Deputy Commander of RBLF. Also present were Lieutenant Colonel Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Chief of Staff RBLF, Senior officers, officers and RBLF personnel. Similar ceremonies were also held at all RBLF camps attended by the respective Commanding Officers.

The ceremony commenced with Hari Raya Takbir followed by Hari Raya Aidilfitri Prayers led by Private Abd Manan bin Othman from Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate and proceeded with sermons delivered by Imam Haji Md Anndy @Rafaie bin Saile, Imam of Surau Al-Faizun. The ceremony then concluded with Tasbih Kafarah.

Despite ongoing concerns about the COVID-19 infection, this festive occasion will be celebrated by all Muslims throughout the Country in accordance with the SOPs set by the Ministry of Health. It is also a time to seek forgiveness from families and friends.

TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI TUNAIKAN SEMBAHYANG SUNAT HARI RAYA AIDILFITRI 1443 HIJRAH

BERAKAS GARISON, Isnin, 02 Mei 2022 – Umat Islam di Negara Brunei Darussalam pada hari ini telah menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri dengan menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri 1443 Hijrah secara berjemaah di kesemua masjid dan surau di seluruh negara termasuk surau-surau di semua Perkhemahan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB).

Hadir bagi majlis yang telah diadakan di Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison ialah Kolonel Azman bin Haji Bangkol, Timbalan Pemerintah TDDB. Turut hadir di majlis tersebut ialah Leftenan Kolonel Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Ketua Staf TDDB, Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai, dan Anggota TDDB. Majlis yang sama juga turut diadakan secara serentak di semua perkhemahan TDDB dengan dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Pemerintah.

Acara dimulakan dengan laungan Takbir Hari Raya diikuti dengan Sembahyang Sunat Aidilfitri diimamkan oleh Soldadu Abd Manan bin Othman dari Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan kemudian diteruskan dengan khutbah yang disampaikan oleh Imam Surau Al-Faizun, Imam Haji Md Anndy @Rafaie bin Saile. Acara kemudian diakhiri dengan bacaan Tasbih Kafarah. 

Walau masih terdapat kebimbangan mengenai jangkitan wabak COVID-19, sambutan Hari Raya Aidilfitri masih disambut dengan girangnya oleh semua umat Islam di seluruh negara dengan mengikuti SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Ianya juga merupakan masa yang baik untuk saling bermaafan sesama ahli keluarga dan rakan taulan.