BERAKAS GARRISON, Wednesday, 28 June 2023 – The Royal Brunei Land Force (RBLF) held Takbir Raya in conjunction with the celebration of Hari Raya Aidiladha 1444 Hijrah at all RBLF camps.

Present at the ceremony held at Surau Al-Fa’izun, Berakas Garrison was Brigadier General Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Commander of RBLF. Also present were Deputy Commander RBLF, Acting Chief of Staff RBLF, Senior Officers, Officers and RBLF personnel. Similar ceremonies were also held at all RBLF camps attended by respective Commanding Officers, Officers and personnel including Pulau Baru-Baru Mosque.

The event began with mass Fardhu Isya’ Prayers followed by the recitation of Surah Al-Fatihah and Hari Raya Takbir led by Imam Haji Md Anndy@Rafaie bin Saile and Imam Syakir Farhan bin Haji Omar, Imam of Surau Al-Faizun as well as Private Abd Manan bin Othman, Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate (JAMA’AT) personnel. The ceremony then proceeded with the recitation of Doa Peliharakan Sultan and Negara Brunei Darussalam and concluded with Closing Doa.

Takbir is to praise and glorify Allah Subhanahu Wata’ala, to be grateful for the blessings granted by Allah as well as strengthens the relationship among those present in sharing the content of the Takbir Hari Raya.

TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI SAMBUT AIDILADHA 1444 HIJRAH DENGAN LAUNGAN TAKBIR HARI RAYA

 

BERAKAS GARISON, Rabu, 28 Jun 2023 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Takbir Hari Raya sempena menyambut Hari Raya Aidiladha 1444 Hijrah bertempat di semua perkhemahan TDDB.

Hadir bagi majlis yang diadakan di Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison ialah Brigedier Jeneral Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Pemerintah TDDB. Turut hadir di majlis tersebut adalah Timbalan Pemerintah TDDB, Pemangku Ketua Staf TDDB, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan anggota TDDB. Majlis yang sama turut diadakan secara serentak di semua perkhemahan TDDB yang dihadiri oleh Pegawai-pegawai Pemerintah, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota perkhemahan masing-masing termasuk di Masjid Pulau Baru-Baru.

Acara dimulakan dengan menunaikan Sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah, dan laungan Takbir Hari Raya yang diketuai oleh Imam Haji Md Anndy @Rafaie bin Saile dan Imam Syakir Farhan bin Haji Omar, Imam Surau Al-Faizun serta Soldadu Abd Manan bin Othman, anggota dari Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT). Majlis kemudian diteruskan dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dan diakhiri dengan bacaan Doa Penutup.

Laungan takbir adalah untuk membesarkan keagungan Allah Subhanahu Wata’ala, menzahirkan rasa syukur atas segala nikmat yang dikurniakan serta mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan yang hadir dalam bersama menghayati kandungan takbir Hari Raya.