
TUTONG CAMP, Friday, 22 April 2022 - Royal Brunei Land Force (RBLF) held an IFTAR event for 38 converted personnel at the Ar-Rizqi Cookhouse, Tutong Camp.
Present as the guest of honour was Brigadier General Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, the Commander of RBLF. Also present were Senior officers, officers and personnel from RBLF.
Upon arrival, the guest of honour was invited to the signing of parchment and a group photo. The event commenced with the recitation of Surah Yassin and Tahlil at Surau Pengiran Ratna Indera (Surau PRI), Tutong Camp led by Corporal Md Hafiy bin Ariffin from Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Religious Directorate followed by Iftar and mass Fardhu Maghrib prayers. The event then continued to proceed at the Ar-Rizqi Cookhouse for dinner and presentation of gifts to the celebrated personnel. The event was concluded with a mass Fardhu Isya’ prayers, Terawih and Witir prayers and Tadarus Al-Quran.
This yearly event remains part of the religious activities held during Ramadhan by RBLF to further strengthen the bonds with its converted personnel organized by Logistic Depot, Combat Service Support, Royal Brunei Land Force (CSS RBLF).

TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA SAUDARA-SAUDARA BARU
PERKHEMAHAN TUTONG, Juma’at, 22 April 2022 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama 38 orang Saudara-saudara baru yang diraikan bertempat di Rumah Masak Ar-Rizqi, Perkhemahan Tutong.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Pemerintah TDDB. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai dan anggota TDDB.
Sejurus ketibaan, tetamu kehormat dijemput untuk mendatangani lembaran kenangan dan sesi bergambar ramai. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil di Surau Pengiran Ratna Indera, Perkhemahan Tutong diketuai oleh Kopral Md Hafiy bin Ariffin daripada Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei diikuti dengan majlis berbuka puasa dan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah. Acara diteruskan dengan makan malam dan penyampaian cenderahati kepada anggota-anggota yang diraikan di Rumah Masak Ar-Rizqi. Majlis diakhiri dengan sembahyang Fardhu Isya, sembahyang sunat Terawih dan sembahyang sunat Witir berjemaah diteruskan dengan bacaan Tadarus Al-Quran.
Majlis berkebajikan ini diadakan setiap tahun sebagai salah satu daripada aktiviti keagamaan semasa di bulan Ramadhan oleh anggota TDDB khususnya Depoh Logistik Khidmat Bantuan Kombat TDDB di samping mengukuhkan lagi ikatan ukhuwah bersama saudara-saudara baru TDDB.