BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday, 29 March 2023 – In conjunction with the blessed month of Ramadan 1444H, the Commander of Royal Brunei Land Force (RBLF), Brigadier General Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif and a total of 409 RBLF personnel paid respects to the Royal Mausoleum to recite Surah Yassin and Tahlil for the late Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abd Rahman and Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
Also present were the Deputy Commander RBLF, Field Commander RBLF, Chief of Staff RBLF, Head of Inspectorate Unit, Senior Officers, Officers, Land Force Sergeant Major and RBLF personnel.
The ceremony commenced with the mass recitation of Surah Yassin and Tahlil. It concluded with the recital of doa led by Lieutenant Muhammad Hidayatullah Sunazul Fikar bin Suip from the Royal Brunei Armed Forces, Religious Directorate.
TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN MAJLIS MEMBACA SURAH YASSIN DAN TAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 29 Mac 2023 – Sempena menyambut bulan Ramadan 1444H yang penuh berkah, Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) bersama 409 anggota TDDB telah menziarahi dan mengadakan Majlis Membaca Surah Yassin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abd Rahman dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.
Turut hadir ialah Timbalan Pemerintah TDDB, Pemerintah Medan TDDB, Ketua Staf TDDB, Ketua Unit Inspektorat TDDB, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, Sarjan Mejar Tentera Darat dan anggota-anggota TDDB.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil secara beramai-ramai dan diakhiri dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Leftenan Muhammad Hidayatullah Sunazul Fikar bin Suip dari Jabatanarah Agama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT).