BANDAR SERI BEGAWAN, Wednesday, 20th March 2024 – In conjunction with the blessed month of Ramadan 1445 Hijrah, Brigadier General Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, the Commander of Royal Brunei Land Force (RBLF) and personnel of RBLF visited the Royal Mausoleum and recited Surah Yassin and Tahlil for the late parents and son of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, and Al-Marhum His Royal Highness Prince Haji ‘Abdul ‘Azim ibni His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah.
Also present were the Acting Field Commander of RBLF, senior officers, officers, Land Force Sergeant Major and a total of 413 RBLF personnels.
The ceremony commenced with a mass recitation of Surah Yaasin and Tahlil an concluded with the recital of doa led by Lieutenant Awangku Muhd Nur Hafizan bin Pengiran Haji Hasan, Field Religious Officer, Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate.

TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN MAJLIS MEMBACA SURAH YASSIN DAN TAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 20 Mac 2024 – Sempena menyambut bulan Ramadan 1445 Hijrah yang penuh berkah, Brigadier General Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) bersama anggota TDDB telah menziarahi dan mengadakan Majlis Membaca Surah Yassin dan Tahlil bagi ayahanda dan bonda serta anakanda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah yang berlangsung di Kubah Makam Diraja.
Turut hadir ialah Timbalan Pemerintah Medan TDDB, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai, Sarjan Mejar Tentera Darat, termasuk 413 anggota-anggota TDDB.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil secara beramai-ramai dan diakhiri dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Leftenan Awangku Muhd Nur Hafizan bin Pengiran Haji Hasan, Pegawai Medan Agama, Jabatanarah Agama ABDB.