LUMUT CAMP, FRIDAY, 09 SEPTEMBER 2022 – The Third Battalion of the Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) held a Tree Planting Event this afternoon in conjunction with the 61st Anniversary of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) at Lumut Camp. The event was held concurrently across all RBAF camps, with the primary focus at Bolkiah Garrison. 

Present as the Guest of Honor (GOH) was Brigadier General Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Commander of Brunei TDDB. Also present to plant trees during the event were Colonel Haji Shanonnizam bin Sulaiman, Field Commander of RBLF, Major Erawan bin Haji Abu Bakar, Commanding Officer of 3Bn RBLF, as well as Officers and personnel of 3Bn RBLF.

A total of 60 Bucida Molineti trees were planted throughout Lumut Camp. The tree planting event is one of the initiatives launched by the Ministry of Defense to support the Green Protocol Guidelines under Brunei Darussalam’s National Climate Change Policy to reduce greenhouse gas emissions while encouraging, educating, and raising awareness about the preservation and conservation of nature’s treasures, animals and water.

The event began with Asar prayers, followed by the recitation of Surah Al-Fatihah and three times Selawat led by Ustad Arsyad Hafizuddin bin Abdul Latiff. The ceremony continued with a tree planting event and ended with a Doa Kesyukuran and a group photo session.​

 

 

TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENGADAKAN MAJLIS PENANAMAN POKOK SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ABDB YANG KE-61 TAHUN

PERKHEMAHAN LUMUT, JUMAAT, 09 SEPTEMBER 2022 – Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah mengadakan Acara Penanaman Pokok pada petang tadi sempena sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-61 di Perkhemahan Lumut. Acara itu diadakan secara serentak di semua perkhemahan ABDB, dengan tumpuan utama di Bolkiah Garison.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Saifulrizal bin Abdul Latif, Pemerintah TDDB Brunei. Turut hadir bagi menanam pokok semasa acara tersebut ialah Kolonel Haji Shanonnizam bin Sulaiman, Pemerintah Medan TDDB, Mejar Erawan bin Haji Abu Bakar, Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB, serta Pegawai-pegawai dan anggota 3Bn TDDB.

Sebanyak 60 pokok jenis Bucida Molineti ditanam di seluruh Perkhemahan Lumut. Acara penanaman pokok tersebut adalah salah satu inisiatif yang diungkayahkan oleh Kementerian Pertahanan untuk mendukung Garis Panduan Protokol Hijau di bawah Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim Negara Brunei Darussalam bagi mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sekaligus menggalakkan, mendidik dan meningkatkan kesedaran tentang pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah alam semula jadi, haiwan dan air

Acara dimulakan dengan menunaikan solat Asar, diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah serta selawat sebanyak tiga kali yang dipimpin oleh Ustad Arsyad Hafizuddin bin Abdul Latiff. Majlis diteruskan dengan acara menanam pokok dan diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran dan sesi bergambar ramai.