
BERAKAS GARRISON, Wednesday, 14 July 2021 – The Royal Brunei Land Force (RBLF) held thanksgiving prayer ceremonies at all RBLF camps in conjunction with the 75th birthday celebration of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam.
Present as the guest of honour for the ceremony held at Surau Al-Fa’izun, Berakas Garrison was Colonel Azman bin Haji Bangkol, Deputy Commander RBLF. Also present were Senior Officers, Officers, other ranks and civilian personnel of Berakas Garrison.
The event began with a recitation of Surah Al-Mulk verses 1 to 11 read by Private Abdul Hadi bin Abdul Halim followed by a mass Maghrib Prayer and Sunat Hajat Prayer led by Imam Hj Mohd Anndy Bin Saile, Imam of Surau Al-Fa’izun. The event continued with the recitation of Surah Yaasin and Tahlil followed by Doa Kesyukuran and Doa Peliharakan Sultan. The event concluded with a mass Isya’ Prayer.
Similar events were also held at Surau Pengiran Ratna Indera Tutong Camp, Surau Ar-Rahmah Lumut Camp, Surau Al-Quwwah Bangar Camp. Present at the events were officers and personnel from respective camps.


MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-75
BERAKAS GARISON, Rabu, 14 Julai 2021 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran bertempat di semua perkhemahan TDDB sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-75 tahun.
Hadir selaku tetamu kehormat bagi majlis yang telah diadakan di Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison ialah Kolonel Azman bin Haji Bangkol, Timbalan Pemerintah TDDB. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, lain-lain peringkat dan anggota awam yang bertugas di Berakas Garison.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran daripada Surah Al-Mulk ayat 1 hingga 11 oleh Soldadu Abdul Hadi bin Abdul Halim diikuti dengan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan Sembahyang Sunat Hajat yang dipimpin oleh Imam Hj Mohd Anndy Bin Saile, Imam Surau Al-Fa’izun. Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Yaasin dan Tahlil diikuti dengan Doa Kesyukuran dan Doa Peliharakan Sultan. Majlis diakhiri dengan Sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah.
Majlis yang sama juga diadakan di Surau Pengiran Ratna Indera Perkhemahan Tutong, Surau Ar-Rahmah Perkhemahan Lumut dan Surau Al-Quwwah Perkhemahan Bangar. Hadir di majlis tersebut ialah pegawai-pegawai dan anggota-anggota dari setiap perkhemahan yang terlibat.