|
Present for the ceremony held at Surau Al-Fa’izun, Berakas Garrison was Colonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Deputy Commander of RBLF. Also present were Senior Officers, officers and RBLF personnel. Similar ceremonies were also held at all RBLF camps attended by the respective Commanding Officers. The ceremony began with mass Maghrib prayer, followed by a mass Sunat Hajat prayer. It continued with the recitation of Doa Qunut Nazilah and concluded with mass Isya’ prayer. The prayers aim to seek mercy from Allah Subhanahu Wata’ala to preserve the safety and well-being of the Palestinians.
BERAKAS GARISON, Khamis, 12 Oktober 2023 – Umat Islam di Negara Brunei Darussalam pada hari ini telah mengadakan majlis menunaikan Sembahyang Sunat Hajat berjemaah dan Bacaan Doa Qunut Nazilah bagi memohon perlindungan dan keselamatan untuk rakyat dan Negara Palestin bertempat di kesemua masjid dan surau di seluruh negara termasuk di semua surau perkhemahan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Masjid Pulau Baru-Baru. Hadir di majlis Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison ialah Kolonel Muhammad Wata bin Abdullah Awat, Timbalan Pemerintah TDDB. Turut hadir adalah Pegawai – pegawai Kanan, pegawai – pegawai dan anggota – anggota TDDB. Majlis yang sama turut diadakan secara serentak di semua surau perkhemahan TDDB yang dihadiri oleh Pegawai Pemerintah unit masing – masing. Majlis dimulakan dengan menunaikan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dan diikuti dengan Sembahyang Sunat Hajat. Majlis diteruskan dengan bacaan Doa Qunut Nazilah dan diakhiri dengan menunaikan Sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah. Majlis ini bertujuan untuk memohon keampunan dari Allah Subhanahu Wata’ala untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan negara Palestin. |
BERAKAS GARRISON, Thursday, 12 October 2023



TDDB ADAKAN MAJLIS SEMBAHYANG SUNAT HAJAT DAN BACAAN DOA QUNUT NAZILAH BAGI RAKYAT DAN NEGARA PALESTIN