
BERAKAS GARRISON, Thursday, 28 April 2022 – Royal Brunei Land Force (RBLF) in collaboration with Royal Brunei Armed Forces Religious Directorate (JAMA’AT) today held a Khatam Al-Quran ceremony at Surau Al-Fa’izun, Berakas Garrison to mark the completion of Tadarus Al-Quran in the holy month of Ramadhan 1443H.
Present at the event was Colonel Azman bin Haji Bangkol, Deputy Commander of RBLF. Also in attendance were Senior officers, officers and RBLF personnel.
The event commenced with a mass Zohor prayer followed by the recital of Surah Ad-Dhuha to Surah An-Nas. The event then continued with Takhtim, Tahlil, Dikir Marhaban and concluded with the recitation of Doa Khatam Al-Quran and Doa Kesyukuran.
This year’s Khatam Al-Quran ceremony gathered more than 26 Al-Quran readers from all RBLF Units within Berakas Garrison who have been performing daily recitals of Al-Quran since the beginning of Ramadhan to grace the holy month.
This annual activity is aimed to inculcate a sense of community among the personnel of the RBLF through religion and to strengthen character development through the complete recitation of 30 juzu’ of the Al-Quran. This practice is in line with the aspiration of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam to encourage education and literacy in Al-Quran.

TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA BULAN SUCI RAMADAN 1443 HIJRAH
BERAKAS GARISON, Khamis, 28 April 2022 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dengan kerjasama Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT) pada hari ini telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena bulan suci Ramadhan 1443 Hijrah bertempat di Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison.
Hadir di majlis berkenaan ialah Kolonel Azman bin Haji Bangkol, Timbalan Pemerintah TDDB. Majlis juga dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan anggota TDDB.
Acara dimulakan dengan Sembahyang Fardhu Zohor berjemaah diikuti dengan bacaan Surah Ad-Dhuha hingga Surah An-Nas. Seterusnya ialah bacaan Takhtim, Tahlil dan laungan Dikir Marhaban kemudian diakhiri dengan Doa Khatam Al-Quran dan Doa Kesyukuran.
Majlis Khatam Al-Quran pada tahun ini telah mengumpulkan seramai lebih 26 pembaca Al-Quran yang terdiri daripada anggota-anggota TDDB dari semua unit di Perkhemahan Berakas yang telah menyempurnakan bacaan Al-Quran setiap hari sejak awal Ramadhan bagi menyambut ketibaan bulan yang mulia ini.
Acara berkebajikan tahunan tersebut bertujuan untuk memupuk nilai kemasyarakatan di kalangan warga TDDB melalui pembacaan Al-Quran 30 juzu’. Amalan ini bertepatan dengan aspirasi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam meningkatkan tahap pendidikan agama serta masyarakat yang celik Al-Quran.