BERAKAS GARRISON, Friday, 04 March 2022 – Royal Brunei Land Force (RBLF) held Special Religious Talks in conjunction with the celebration of Isra’ Mikraj 1443 Hijrah today at all suraus within RBLF camps and via Video Teleconference (VTC).

Present at the ceremony held at Surau Al-Fa’izun was Brigadier General Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Commander of RBLF. Also present were Colonel Muhd Wata bin Abdullah Awat, Director of Personnel, Directorate of Personnel, Ministry of Defence, Senior officers, officers and personnel of RBLF. Similar ceremonies were also held simultaneously at all RBLF camps attended by respective officers and personnel. 

The event began with the recitation of Sayyidul Istighfar and the recitation of Surah Al-An’am verses 158 to 165 along with its translation led by Private Abd Manan bin Othman, Bilal of Surau Al-Fai’zun. The event continued with a Special Talk delivered by Ustaz Mohammad Nasyith bin Superi from the Department of Mosque Affairs, Ministry of Religious Affairs titled “Sembahyangku Kerana Allah” followed by the presentation of mementos. The event concluded by mass Asar prayers, recitation of Doa Peliharakan Negara dan Sultan and recitation of SelawatSurah Al-Asr and Tasbih Kaffarah. 

 

TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN SAMBUTAN 

ISRAK DAN MIKRAJ 1443H 

BERAKAS GARISON, Jumaat, 04 Mac 2022 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Ceramah Khas sempena Sambutan Isra’ Mikraj 1443 Hijrah pada hari ini bertempat di semua surau perkhemahan TDDB dan secara maya.

Hadir di majlis yang diadakan di Surau Al-Faizun ialah Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir, Pemerintah TDDB. Turut hadir ialah Kolonel Muhd Wata bin Abdullah Awat, Pengarah Keanggotaan, Jabatanarah Keanggotaan, Kementerian Pertahanan, Pegawai-pegawai kanan, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota TDDB. Majlis yang sama juga turut diadakan secara serentak di perkhemahan-perkhemahan TDDB yang dihadiri oleh Pegawai-pegawai dan anggota-anggota di setiap perkhemahan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan bacaan Ayat Suci Al-Quran iaitu Surah Al An’am ayat 158 -165 berserta terjemahannya yang diketuai oleh Soldadu Abd Manan bin Othman, Bilal Surau Al-Fai’zun. Majlis diteruskan dengan Ceramah Khas yang disampaikan oleh Ustaz Mohammad Nasyith bin Superi dari Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama yang bertajuk “Sembahyangku Kerana Allah” dan diteruskan dengan penyampaian cenderahati. Majlis diakhiri dengan sembahyang Asar berjemaah, bacaan Doa Peliharakan Negara dan Sultan dan diikuti dengan bacaan Selawat, Surah Al-Asr serta Tasbih Kaffarah.