PENANJONG GARRISON, Wednesday, 20 April 2022 – Second Battalion RBLF (2Bn RBLF), Support Battalion Royal Brunei Land Force (Sp Bn RBLF) and School of Infantry RBLF (SOI RBLF) has organised the Ramadhan Iftar and the handing over of donations to orphans and children with special needs Officers’ Mess, Penanjong Garrison. A total of 19 orphans and eight children with special needs from each unit were invited for the event.
Present at the event were Lieutenant Colonel Haji Mohammad Ezan Sazali bin Haji Osman, Commanding Officer 2Bn RBLF, Lieutenant Colonel Rudie Asmawi bin Haji Abidin, Commanding Officer Sp Bn RBLF and Major Faizal Azly bin Haji Rosli, Acting Commanding Officer SOI RBLF. Also in attendance were officers and personnel from Sp Bn RBLF, 2Bn RBLF and SOI RBLF respectively as well as families of the celebrated orphans and children with special needs.
The event commenced with a group photo session and continued with the recitation of Tahlil and Doa Arwah led by Lieutenant Mohammad Zulfitri bin Haji Zoferi. It continued with the presentation of donations by respective Commanding Officers and Acting Commanding Officer. The event then continued with Iftar and the recitation of Closing Doa.
This event serves to be part of community activities to nurture culture of giving and generosity amongst the RBLF personnel especially for the orphans and children with special needs in the holy month of Ramadhan.



TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN DERMA KEPADA ANAK-ANAK YATIM DAN ANAK-ANAK ISTIMEWA
PENANJONG GARISON, Rabu, 20 April 2022 – Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei (2Bn TDDB), Batalion Bantu TDDB (Bn Bantu TDDB) dan Sekolah Infantri TDDB (SI TDDB) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Derma kepada anak-anak yatim dan anak-anak istimewa khusus bagi warganya bertempat di Mes Pegawai Penanjong Garison. Seramai 19 anak-anak yatim dan lapan anak-anak istimewa telah dijemput untuk menghadiri majlis tersebut.
Leftenan Kolonel Haji Mohammad Ezan Sazali bin Haji Osman, Pegawai Pemerintah 2Bn TDDB, Leftenan Kolonel Rudie Asmawi bin Haji Abidin, Pegawai Pemerintah Bn Bantu TDDB dan Mejar Faizal Azly bin Haji Rosli, Pemangku Pegawai Pemerintah SI TDDB telah hadir di majlis berkenaan. Majlis juga diserikan dengan kehadiran Pegawai-pegawai, anggota-anggota dari unit masing-masing beserta ahli keluarga anak-anak yatim dan anak-anak istimewa yang diraikan.
Acara dimulakan dengan sesi bergambar ramai dan diteruskan bacaan Tahlil dan Doa Arwah yang diketuai oleh Leftenan Mohammad Zulfitri bin Haji Zoferi. Seterusnya, penyampaian sumbangan derma telah disampaikan oleh Pegawai Pemerintah dan Pemangku Pegawai Pemerintah yang terlibat diikuti dengan majlis bersungkai dan diakhiri dengan bacaan Doa Penutup.
Majlis berkebajikan ini merupakan salah satu aktiviti kemasyarakatan tahunan yang mencerminkan sikap keprihatinan dan budaya bersedekah di kalangan warga TDDB terutamanya dalam membantu anak-anak yatim dan anak-anak istimewa, sekaligus bagi merebut ganjaran pahala berganda sempena tibanya bulan suci Ramadhan.