BERAKAS GARRISON, Friday, 30 June 2023 – The Royal Brunei Land Force (RBLF) has enlivened the Hari Raya Aidiladha 1444 Hijrah celebration by holding the Korban Ceremony simultaneously at all RBLF Suraus today.
Present for the ceremony held at Surau Al-Fa’izun, Berakas Garrison was Brigadier General Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Commander of RBLF. Also present were Deputy Commander RBLF, Acting Chief of Staff RBLF, Senior Officers, Officers and personnel of RBLF in Berakas Garrison, Head of Village of Kampung Lambak Kanan and Kampung Lambak Kiri as well as the Asnaf Fakir group. Similar ceremonies that were held at the other RBLF camps were attended by respective Commanding Officers, Officers, personnel of RBLF, as well as the Asnaf Fakir group and invited guests.
The event began with the recitation of Surah Al-Fatihah followed by Takbir Hari Raya led by Imam Haji Md Anndy@Rafaie bin Saile, Imam of Surau Al-Faizun. The event continued with the distribution of korban meat to this year’s recipients which was presented by the Commander of RBLF, followed by the distribution of korban meat by Senior Officers of RBLF to all invited guest and Asnaf Fakir group. The ceremony concluded with refreshments and Asar prayer.
This year, a total of four buffaloes and two goats were sacrificed by officers and personnel of RBLF which the korban meat was distributed equally to the people from Asnaf Fakir group, as well as to the officers and personnel of RBLF.
Apart from performing good deeds and religious obligations, the purpose of this ceremony is also to build closer ties among officers and personnel of the RBLF, as well as to help the less privileged members of the community.



TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN MAJLIS IBADAH KORBAN SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 1444 HIJRAH
BERAKAS GARISON, Jumaat, 30 Jun 2023 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menyemarakkan Sambutan Hari Raya Aidiladha 1444 Hijrah dengan mengadakan Majlis Ibadah Korban secara serentak bertempat di semua surau TDDB pada hari ini.
Hadir bagi majlis yang diadakan di Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison ialah Brigedier Jeneral Haji Mohammad Shanonnizam bin Sulaiman, Pemerintah TDDB. Turut hadir ialah Timbalan Pemerintah TDDB, Pemangku Ketua Staf TDDB, Pegawai-Pegawai Kanan TDDB, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota TDDB Berakas Garison, Ketua Kampung Lambak Kanan, Ketua Kampung Lambak Kiri serta golongan Asnaf Fakir Miskin. Majlis yang sama juga diadakan secara serentak di semua perkhemahan TDDB yand turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai Pemerintah, Pegawai-pegawai, anggota-anggota perkhemahan masing-masing serta golongan Asnaf Fakir dan tetamu jemputan.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan Takbir Hari Raya yang diketuai oleh Imam Haji Md Anndy@Rafaie bin Saile, Imam Surau Al-Fai’zun. Acara diteruskan dengan pengagihan daging korban kepada penerima korban yang telah disampaikan oleh Pemerintah TDDB diikuti dengan pengagihan daging korban daripada Pegawai-Pegawai Kanan TDDB kepada semua jemputan yang hadir termasuk golongan Asnaf Fakir. Majlis diakhiri dengan menikmati jamuan dan menunaikan sembahyang fardhu Asar berjemaah.
Pada tahun ini, sebanyak empat ekor kerbau dan dua ekor kambing telah dikorbankan oleh Pegawai-pegawai dan anggota-anggota TDDB yang kemudian daging korban tersebut dibahagikan dan diagih-agihkan secara sama rata kepada golongan Asnaf Fakir serta pegawai-pegawai dan anggota-anggota TDDB.
Selain daripada melaksanakan amal soleh dan menjalankan kewajipan agama, acara ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di kalangan pegawai dan anggota TDDB serta menggalakkan amalan bersedekah demi membantu golongan masyarakat yang memerlukan.