BERAKAS GARISSON, Wednesday, 21 July 2021 – Muslims throughout the country today welcomed Hari Raya Aidiladha 1442 Hijrah with mass Hari Raya Aidiladha Prayers held at mosques and suraus nationwide including suraus at all camps of the Royal Brunei Land Force (RBLF).

Present as the guest of honour for the ceremony held at Surau Al-Fa’izun, Berakas Garrison was Yang Mulia Colonel Azman bin Haji Bangkol, Deputy Commander of RBLF. Also present were Senior Officers, Officers and RBLF personnel.

The ceremony commenced with Hari Raya Takbir followed by Hari Raya Aidiladha Prayers and sermons led and delivered by Lieutenant Mohammad Zairulhafiy bin Haji Mat Zaini from First Battalion RBLF. The ceremony concluded with Tasbih Kafarah.

Similar ceremonies were also held at all RBLF camps attended by the respective Commanding Officers, Officers and personnel. The sermon at Tutong Camp was delivered by Lieutenant Muhammad Hidayatullah Sunazul Fikar bin Suip, at Lumut Camp was delivered by Captain Nasyrul Wafiy bin Haji Mahdini and at Bangar Camp was delivered by Lieutenant Mohammad Iqbal bin Haji Awang Sidik. 

The task of delivering the sermons was officially given to the Officers as one of the RBLF initiatives to expose the capable Officers in delivering sermons and to cultivate the culture of Young Officers to be a leader especially in mosque and suraus.

TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI TUNAIKAN SEMBAHYANG SUNNAT HARI RAYA AIDILADHA 1442 HIJRAH

BERAKAS GARISON, Rabu, 11 Mei 2021 – Umat Islam di Negara Brunei Darussalam pada hari ini telah menyambut kedatangan Hari Raya Aidiladha 1442 Hijrah dengan menunaikan Sembahyang Sunat Hari Raya Aidiladha berjemaah di kesemua masjid dan surau di seluruh negara termasuk surau-surau di semua Perkhemahan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB).

Hadir selaku tetamu kehormat bagi majlis yang diadakan di Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison ialah Yang Mulia Kolonel Azman Bin Haji Bangkol, Timbalan Pemerintah TDDB. Turut hadir di majlis tersebut adalah Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan anggota TDDB. 

Acara dimulakan dengan laungan Takbir Hari Raya diikuti dengan Sembahyang Sunat Aidiladha dan penyampaian Khutbah yang diimamkan dan disampaikan oleh Leftenan Mohammad  Zairulhafiy bin Haji Mat Zaini dari Batalion Pertama TDDB (1Bn TDDB). Acara kemudian diakhiri dengan Tasbih Kafarah. 

Majlis yang sama juga turut diadakan secara serentak di semua perkhemahan TDDB dengan dihadiri oleh Pegawai-pegawai Pemerintah, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota perkhemahan masing-masing. Manakala, penyampaian bagi Khutbah di Perkhemahan Tutong telah disampaikan oleh Leftenan Muhammad Hidayatullah Sunazul Fikar bin Suip, di perkhemahan lumut telah disampaikan oleh Kapten Nasyrul Wafiy bin Haji Mahdini dan bagi di Perkhemahan Bangar telah disampaikan oleh Leftenan Mohammad Iqbal bin Haji Awang Sidik.

Tugas penyampaian Khutbah ini secara rasminya telah diberikan kepada Pegawai-pegawai sebagai salah satu inisiatif TDDB untuk mendedahkan Pegawai-pegawai yang berkebolehan dalam menyampaikan Khutbah. Di samping itu juga, ianya bertujuan untuk memupuk budaya terutama sekali Pegawai Muda untuk menjadi pemimpin terutama di dalam masjid dan surau.