BERAKAS GARRISON, Monday, 30 May 2023 – The Royal Brunei Land Force (RBLF) held a Doa Kesyukuran Ceremony in celebration of the 62nd anniversary of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) this evening at all suraus of RBLF camps, and Pulau Baru-Baru Mosque.

Present at the ceremony held at Surau Al-Fa’izun, Berakas Garrison was Lieutenant Colonel Pengiran Mohamed Sufri bin Pengiran Haji Rosli, Chief of Staff RBLF. Also present were RBLF senior officers, officers, and personnel. Similar ceremonies were also held simultaneously across all RBLF camps attended by respective officers and personnel. 

The ceremony commenced with the holy verses of the Al-Quran, Surah Al-An’am verses 81 to 83 read by Sergeant Mohammad Ali Hussin bin Zakaria, followed by congregational Maghrib prayer. The event continued with Sunat Hajat prayerrecitation of Surah Yassin and TahlilDoa Kesyukuran for RBAF’s 62nd anniversary, and concluded with congregational Isya’ prayer.

TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN MAJLIS DOA KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE 62 TAHUN

BERAKAS GARISON, Isnin, 30 Mei 2023 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang ke 62  tahun pada malam ini bertempat di semua surau perkhemahan TDDB termasuk Masjid Pulau Baru-Baru.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di Surau Al-Fa’izun, Berakas Garison ialah Leftenan Kolonel Pengiran Mohamed Sufri bin Pengiran Haji Rosli, Ketua Staf TDDB. Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan anggota TDDB. Majlis yang sama turut diadakan secara serentak di perkhemahan-perkhemahan TDDB yang dihadiri oleh pegawai-pegawai dan anggota TDDB mengikut perkhemahan masing – masing.

Majlis dimulakan bacaan ayat suci Al-Quran, Surah Al-An’am ayat 81 hingga 83 yang dibacakan oleh Sarjan Mohammad Ali Hussin bin Zakaria, diikuti dengan menunaikan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, Sembahyang Sunat Hajat, bacaan Surah Yassin dan Tahlil dan Doa Kesyukuran sempena Hari Ulang Tahun ABDB yang ke 62 tahun. Majlis diakhiri dengan menunaikan Sembahyang Fardhu Isya’ berjemaah.