BERAKAS CAMP,
Wednesday, 19 August 2020 – The Royal Brunei Land Force (RBLF) held ceremonies to usher in the new Islamic Year 1442 Hijrah at all suraus in the RBLF Camps.
A celebration for the new Hijrah Year 1442 was held at Berakas Camp, Tutong Camp and Lumut Camp. Respectively present at the event as the Guest of Honour was Colonel Azman bin Haji Bangkol, Deputy Commander of RBLF in Berakas Camp,
Lieutenant Colonel Pengiran Haji Saiful Amirul Bakri bin Pengiran Haji Ramlee, Commanding Officer of 2Bn RBLF in Tutong Camp and Major Fakhrul Ammar bin Haji Mohammad Isa, Acting Commanding Officer of 3Bn RBLF in Lumut Camp. Also in attendance were senior officers, officers and personnel from each respective camps.
All ceremonies started with the recital of the end of the year 1441 Hijrah, followed by the Maghrib Prayer,
wirid recitation and the Preliminary Prayer of the year as well as the
Sunat Hajat Prayer.
The event was held in accordance to the Ministry of Health Guidelines and the Ministry of Religious Affairs to curb the spread of COVID-19.

Majlis
Sambutan Awal Tahun Baru 1442 Hijrah di Perkhemahan Berakas


Majlis Sambutan Awal Tahun Baru 1442 Hijrah di Perkhemahan Tutong


Majlis
Sambutan Awal Tahun Baru 1442 Hijrah di Perkhemahan Lumut
TENTERA
DARAT DIRAJA BRUNEI MENYAMBUT AWAL TAHUN BARU 1442 HIJRAH
PERKHEMAHAN
BERAKAS, Rabu, 19 Ogos 2020 – Tentera Darat Diraja Brunei
(TDDB) telah mengadakan Sambutan Awal Tahun Baru 1442 Hijrah bertempat di semua
Surau Perkhemahan TDDB.
Majlis
Sambutan Awal Tahun Baru 1442 Hijrah telah diadakan di Perkhemahan Berakas, Perkhemahan
Tutong dan Perkhemahan Lumut. Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut
ialah Yang Mulia Kolonel Azman bin Haji Bangkol, Timbalan Pemerintah TDDB di
Perkhemahan Berakas, Yang Mulia Leftenan Kolonel Pengiran Haji Saiful Amirul
Bakri bin Pengiran Haji Ramlee, Pegawai Pemerintah Batalion Kedua TDDB di
Perkhemahan Tutong dan Yang Mulia Mejar Fakhrul Ammar bin Haji Mohammad Isa, Pemangku
Pegawai Pemerintah Batalion Ketiga TDDB di Perkhemahan Lumut. Turut hadir ialah
Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota-anggota dari setiap
perkhemahan yang terlibat.
Majlis-majlis tersebut
dimulakan dengan bacaan Doa Akhir Tahun 1441
Hijrah, diikuti dengan Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah, bacaan wirid dan
Doa Awal Tahun 1442 Hijrah serta Sembahyang Sunat Hajat.
Pengendalian
majlis telah diadakan mengikut garispandu yang telah dikeluarkan oleh
Kementerian Kesihatan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi mengawal penyebaran
COVID-19.