
BRUNEI, Friday, 13 August 2021 – In response to the government’s call in curbing the spread of the Covid -19 epidemic, the Royal Brunei Land Force (RBLF) has set up Decontamination Stations at all RBLF Camps which includes First Battalion RBLF, Second Battalion RBLF and Third Battalion RBLF. The decontamination stations are used for the RBLF personnel returning from COVID-19 duties such as the frontliners and those from Jungle patrol.
In accordance with the tightened control measures for COVID-19, the Decontamination Stations are placed with road barriers as well as red and white restriction tapes. The Decontamination Stations are restricted to only one way in and one way out for efficiency purposes. Prior to deployment, all personnel are instructed to store their toiletries and spare clothes at the lockers provided at the Decontamination Stations.
After returning from frontline duties, personnel will go through 3 decontamination zones, namely Red Zone, Yellow Zone and Green Zone. At the Red Zone, the personnel’s body temperature and body health status will be checked. They will then be sprayed with disinfectants and then instructed to undress. Used clothes will be washed in a washing machine provided with water added with disinfectant. At the Yellow Zone, personnel are required to clean their bodies with the water and soap provided. Lastly, at the Green Zone, personnel will be instructed to change into fresh clothes and will self-isolate at accommodations provided within respective RBLF camps. At the same time, the vehicles used for transporting the frontliners are subsequently sprayed with disinfectant vapour and then will be properly washed.
The decontamination stations are part of RBLF’s preventive measures against COVID-19. It also allows RBLF to raise awareness of the importance of the decontamination process to safeguard the safety and welfare of the personnel conducting frontline duties.





TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI TUBUHKAN STESEN NYAH CEMAR BAGI ANGGOTA-ANGGOTA YANG PULANG DARI BERTUGAS BARISAN HADAPAN WABAK COVID-19
BRUNEI, Jumaat, 13 Ogos 2021 – Dalam menyahut seruan kerajaan dalam membendung penularaan wabak Covid -19, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah menubuhkan Stesen Dekontaminasi atau dikenali juga sebagai Stesen Nyah Cemar di semua Perkhemahan TDDB termasuk Batalion Pertama TDDB, Batalion Kedua TDDB dan Perkhemahan Batalion Ketiga TDDB. Stesen ini ditubuhkan khusus bagi anggota-anggota yang pulang selepas menjalankan tugasan COVID-19 termasuk anggota-anggota tentera petugas hadapan serta anggota-anggota rondaan hutan.
Bagi meningkatkan langkah kawalan pencegahan wabak COVID-19, Stesen Nyah Cemar telah ditubuhkan dalam keadaan terhad dan tertutup menggunakan palang jalan raya serta red and white restriction tape. Kawasan Nyah Cemar tersebut hanya mempunyai satu jalan masuk dan satu jalan keluar bagi melancarkan proses dekontaminasi. Sebelum anggota-anggota dikerahkan keluar, mereka diarahkan untuk menyimpan kelengkapan mandi dan baju ganti masing-masing di lockers yang disediakan di Stesen Nyah Cemar.
Sejurus tiba, anggota-anggota yang pulang dari penugasan akan melalui 3 Zon dekontaminasi iaitu Zon Merah, Zon Kuning dan Zon Hijau. Di Zon Merah, anggota-anggota akan diperiksa suhu badan dan diambil status kesihatan mereka. Anggota-anggota akan disembur dengan wap pembasmi kuman dan selanjutnya diarahkan untuk membuka pakaian. Pakaian yang digunakan semasa bertugas di luar akan dicuci dalam mesin cuci yang disediakan bersama air penyuci pembasmi kuman. Seterusnya di Zon Kuning, anggota-anggota dikehendaki untuk membersihkan badan dengan air dan sabun yang disediakan. Manakala, di Zon Hijau pula, anggota-anggota akan menukar pakaian yang bersih dan seterusnya menjalankan pengasingan diri di dalam kawasan perkhemahan masing-masing. Di masa yang sama, kenderaan yang diguna pakai untuk pengangkutan anggota-anggota bertugas tersebut disembur dengan wap pembasmi kuman dan seterusnya dicuci bersih.
Stesen dekontaminasi merupakan salah satu langkah pencegahan daripada jangkitan wabak COVID-19. Ianya juga meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan proses dekontaminasi untuk menjaga keselamatan dan kebajikan anggota yang menjalankan tugas di barisan hadapan.