BOLKIAH GARRISON, Sunday, 24 December 2023 – The Royal Brunei Land Force (RBLF) claimed victory in both the 16.2km Group Run Men and 12.6km Group Run Women at the recent competition, besting other Royal Brunei Armed Forces (RBAF) units today in the ‘Hari Keluarga, Ekspedisi Berbasikal dan Kejohanan Group Run’. The event was organised by the Royal Brunei Armed Forces held in conjunction with the 62nd Royal Brunei Armed Forces Anniversary at the Mini Stadium Football Field, Ministry of Defence, Bolkiah Garrison.
Present as the Guest of Honour was Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF). Also present were Service Commanders, Acting Service Commanders, Acting Deputy Commander, senior officers, officers and personnel of the RBAF as well as the families.
For this event, the route covered a distance of 62 kilometer, passing several main roads along Brunei-Tutong Highway, meanwhile, the 16.2km and 12.6km group run event, had passed Taman Mahkota Jubli Emas, in the capital and Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha Bridge. In addition to the main event, several side events took place, such as a 2.6km fun walk, Kayuhan Bersama Keluarga, family games, and were also enlivened with food bazaars.
The event was aimed to strengthen ties and goodwill among the family members of RBAF personnel and to instill strong family values. In addition, to encourage a healthier working environment, and well-being of RBAF personnel during the school term break.




TDDB MUNCUL JUARA BAGI ACARA LARIAN LELAKI DAN WANITA BERPASUKAN
BOLKIAH GARISON, Ahad, 24 Disember 2023 – Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) muncul juara dalam Acara 16.2km Lelaki dan Wanita Berpasukan selepas berjaya menyaingi unit – unit Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang lain dalam ‘Hari Keluarga, Ekspedisi Berbasikal dan Kejohanan Larian Berpasukan’. Acara tersebut dianjurkan oleh Angkatan Bersenjata Diraja Brunei bersempena dengan Hari Ulang Tahun ABDB ke 62 dan diadakan di Padang Bola Mini Stadium, Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison.
Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Turut hadir ialah Pemerintah – Pemerintah Angkatan Tentera ABDB, Pemangku Pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan Pemerintah, Pemangku Timbalan Pemerintah, pegawai – pegawai kanan, pegawai – pegawai dan anggota – anggota ABDB berserta keluarga.
Melalui Ekpedisi Berbasikal, ia melibatkan beberapa jalan utama di sepanjang Lebuhraya Brunei-Tutong yang meliputi jarak sejauh 62 kilometer, manakala acara larian berkumpulan sejauh 16.2km dan 12.6km telah melalui Taman Mahkota Jubli Emas di ibu negara dan Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha. Kesemua kejohanan telah memulakan dan menamatkan pertandingan di Padang Bola Mini Stadium, Kementerian Pertahanan. Selain acara utama, beberapa acara sampingan turut berlangsung seperti fun walk sejauh 2.6km, Kayuhan Bersama Keluarga, aktiviti permainan dan turut dimeriahkan dengan bazar makanan.
Acara tersebut bertujuan untuk mengeratkan hubungan muhibah di kalangan anggota keluarga ABDB serta memupuk nilai kekeluargaan yang kukuh. Di samping itu, ia juga bagi menggalakkan persekitaran kerja yang lebih sihat dan kesejahteraan warga ABDB semasa cuti penggal persekolahan ini.