MUARA, Thursday, 18 April 2019 – The Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Cross Country Competition 2019/2020 was held at Naval Training Centre, Muara Naval Base. More than 200 officers and personnel from the Royal Brunei Land Force (RBLF), Royal Brunei Navy (RBN), Royal Brunei Air Force (RBAirF), Training Institute (TI) RBAF, Ministry of Defence and Special Forces Regiment (SFR) participated in the competition.
Present as the guest of honour was First Admiral Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, the Commander of Royal Brunei Navy. Also present were RBAF Service Commanders, RBAF Commandants, military directors and other RBAF personnel.
The two main categories contested were Category by Age Groups and Team Category where all participants were tested on their physical and mental endurance by running through high grounds, roads and coastal areas around Bukit Tempayan Pisang.
RBLF emerged as the overall champion while MINDEF were in second and RBN third place respectively.
The RBAF Cross Country Championship 2019/2020 is an annual sport event that aims to inculcate the spirit of sportsmanship among the RBAF units and to instill a healthy lifestyle for all RBAF personnel.
TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENJUARAI KEJOHANAN RENTAS DESA PERINGKAT ANGKATANBDB BAGI TAHUN 2019/2020
MUARA, Khamis, 18 April 2019 - Kejohanan Rentas Desa Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi tahun 2019/2020 telah diadakan di Pusat Latihan Tentera Laut, Pangkalan Muara. Lebih daripada 200 anggota terdiri dari Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Institut Latihan (IL) ABDB, Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) dan Rejimen Pasukan Khas (RPK) telah mengikuti kejohanan tersebut.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad, Pemerintah TLDB. Turut menghadiri kejohanan tersebut adalah Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera, Komandan- Komandan ABDB, Pengarah-Pengarah Tentera dan warga ABDB.
Kejohanan Rentas Desa pada tahun ini mempertandingkan dua kategori utama iaitu kategori terbuka mengikut peringkat umur dan kategori berpasukan. Kejohananan ini akan menguji daya ketahanan fizikal dan mental semua peserta mengharungi kawasan bukit-bukau, jalan raya dan pantai di kawasan Bukit Tempayan Pisang.
TDDB muncul Juara bagi Kategori berpasukan manakala KEMENTAH mendapat tempat kedua dan ketiga disandang oleh TLDB.
Kejohanan Rentas Desa ABDB adalah salah satu acara sukan tahunan yang bertujuan untuk menggalakkan semangat kesukanan di antara unit-unit ABDB dan memupuk gaya hidup sihat kepada semua warga ABDB.

