BRUNEI, Friday, 1 March 2024 – In conjunction with the Royal Brunei Land Force (RBLF) 62nd Anniversary, RBLF carried out a charity event for orphans in a Jalinan Kasih Anak-Anak Yatim Ceremony. A total of 21 recipients from 14 families of RBLF Headquarters, Combat Service Support (CSS) RBLF and Third Battalion (3Bn) RBLF personnel received the donations which were raised from the proceeds of RBLF Welfare Fund. The donations were carried out at respective recipients’ homes.
Lieutenant Colonel Azhar bin Haji Matzan, Commandant of CSS RBLF handed over donations at the residence of recipients in Kampung Mengkubau. Also present to hand over donations at several separate venues were Commanding Officer of 3Bn RBLF and Officers of RBLF.
Upon arrival at recipients’ residences, the ceremony began with the recitation of Surah Al-Fatihah, followed by the presentation of donations and concluded with the recitation of Doa Selamat led by the accompanying officer.
Jalinan Kasih Anak-Anak Yatim is a charitable activity to show concern for orphans and as part of RBLF’s steadfast commitment to the welfare of its personnel in need.




JALINAN KASIH ANAK-ANAK YATIM SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI KE 62
BRUNEI, Jumaat, 1 Mac 2024 – Bersempena dengan Sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Darat Diraja Brunei (HUT TDDB) ke 62, TDDB telah mengendalikan Jalinan Kasih Anak-Anak Yatim yang mana seramai 21 penerima dari 14 keluarga anggota-anggota Markas TDDB, Khidmat Bantuan Kombat (KBK) TDDB dan Batalion Ketiga (3Bn) TDDB menerima sumbangan yang dikumpulkan daripada kutipan Tabung Kebajikan TDDB. Sumbangan tersebut telah dilaksanakan di rumah kediaman penerima-penerima.
Leftenan Kolonel Azhar bin Haji Matzan, Komandan KBK TDDB telah menyampaikan sumbangan derma di kediaman penerima-penerima Kampung Mengkubau. Turut hadir menyampaikan sumbangan di beberapa tempat berasingan ialah Pegawai Pemerintah 3Bn TDDB dan Pegawai-pegawai TDDB.
Sejurus tiba di kediaman penerima, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan penyampaian sumbangan dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh pegawai pengiring yang bertugas.
Acara Jalinan Kasih Anak-Anak Yatim merupakan acara kebajikan sebagai lambang keprihatinan terhadap anak-anak yatim dan menjadi sebahagian daripada komitmen TDDB bagi sentiasa menjaga kebajikan anggota yang memerlukan