
BRUNEI, Wednesday, 13th March 2024 – In conjunction with the arrival of holy month of Ramadhan 1445H, officers and personnel from the Royal Brunei Land Force (RBLF) have conducted Ihya Ramadhan and Community Outreach Programme at several mosques and Muslim cemeteries at all districts in Brunei Darussalam.
Among the mosques that have been visited this week were Balai Ibadat Kampong Semabat, Balai Ibadat Hajah Aminah in Kampong Long Mayan, Tutong and Police Headquarters Surau in Gadong. The Community Outreach Programme includes a mass Fardhu Maghrib and Isya’ followed by Sunat Terawih and Witir prayers and Tadarus Al–Quran. Meanwhile, in Balai Ibadat Hajah Aminah, the programme includes a mass Zuhor prayers and Tadarus Al–Quran.
Whereas, among the cemeteries that have been visited were Kampong Lugu Muslim Cemetery, Kampong Lumapas Muslim Cemetery, Kampong Panchor Murai Muslim Cemetery, Kampong Bukit Berangan Muslim Cemetery and Kampong Serai Pimping Muslim Cemetery. The programme includes a cleaning campaign, followed by the recital of Surah Yassin and Tahlil.
The programme were among the charitable activities carried out to enhance spiritual development and cooperation among RBLF personnel as well as to contribute to the community, especially in this holy month of Ramadhan. It was also part of the Ihya Ramadhan and Community Outreach Programme conducted throughout the holy month of Ramadhan that will feature religious and community outreach activities including Sunat Terawih and Witir prayers, religious lectures, Tadarus Al-Quran, cleaning campaigns at mosques and cemeteries.








TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN IHYA RAMADAN DAN PROGRAM JANGKAUAN RAMADAN 1445 HIJRAH
BRUNEI, Khamis, 13 Mac 2024 – Sempena menyambut bulan Ramadan 1445H yang penuh keberkatan, para pegawai dan anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Ihya Ramadan dan Program Jangkauan Ramadan di beberapa buah masjid dan tanah perkuburan Islam di beberapa daerah di Negara Brunei Darussalam.
Antara masjid yang telah dikunjungi minggu ini ialah Balai Ibadat Kampong Semabat, Balai Ibadat Hajah Aminah di Kampong Long Mayan, Tutong dan Surau Polis Gadong. Program Jangkauan Ramadan yang telah diadakan di Balai Ibadat Kampong Semabat dan Surau Polis Gadong termasuk menunaikan solat Fardhu Maghrib dan Isya’ berjemaah diikuti dengan Solat Sunat Terawih dan Witir serta Tadarus Al-Quran. Manakala, Program Jangkauan Ramadan di Balai Ibadat Hajah Aminah termasuk menunaikan solat Fardhu Zuhor berjemaah dan Tadarus Al-Quran.
Selain itu, tanah perkuburan Islam yang telah dilawati ialah Tanah Perkuburan Islam Kampong Lugu, Tanah Perkuburan Islam Kampong Lumapas ,Tanah Perkuburan Islam Kampong Panchor Murai, Tanah Perkuburan Islam Bukit Berangan dan Tanah Perkuburan Islam Kampong Serai Pimping. Program Jangkauan Ramadan meliputi pembersihan diikuti dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil.
Program tersebut merupakan antara aktiviti amal yang dijalankan sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan pembangunan kerohanian dan kerjasama di kalangan anggota TDDB di samping bertujuan untuk menggalakkan berbuat amal kebajikan dan menyumbang kepada masyarakat. Ianya merupakan sebahagian daripada Program Ihya Ramadan dan Program Jangkauan yang dijadualkan berlangsung sempena bulan suci Ramadan dan akan diserikan dengan aktiviti-aktiviti keugamaan dan kemasyarakatan termasuk menunaikan Sembahyang Sunat Tarawih dan Witir, kuliah-kuliah keugamaan, tadarus Al-Quran, kempen membersihkan masjid-masjid dan tanah-tanah perkuburan.