KUALA BELAIT, Monday, 08 Nov 2021 – After the occurrence of heavy rain and strong winds causing infrastructural damage in some parts of Kuala Belait, Third Battalion Royal Brunei Land Force (3Bn RBLF) have conducted a Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR) operation to the areas affected. Among those badly affected was Rancangan Perumahan Kampung Pandan Mosque in Belait District, where the main glass door of the mosque has been severely damaged.

The HADR operation saw the Civil-Military Cooperation (CIMIC) from 3Bn RBLF deployed to Rancangan Perumahan Kampung Pandan Mosque to provide manpower assistance to carry and clean the properties that had been damaged by the disaster. 

Such operation reflects RBLF’s continued commitment in supporting the National Disaster Management Centre (NDMC) as the relevant main agency in dealing with natural disasters rapidly and effectively to alleviate such situations. In addition to this, such operations also contribute to fostering good civil-military relations between the RBLF, civilian agencies as well as members of the community. 

 

TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI HULURKAN BANTUAN OPERASI KEMANUSIAAN DAN BENCANA ALAM DI DAERAH BELAIT

KUALA BELAIT, Isnin, 08 Nov 2021 –  Selepas kejadian hujan lebat dan angin kencang yang menyebabkan kerosakan prasarana di beberapa  kawasan di Kuala Belait, Batalion Ketiga Tentera Darat Diraja Brunei (3Bn TDDB) telah menghulurkan bantuan operasi kemanusiaan dan bencana alam. Antara kawasan yang teruk terjejas adalah Masjid Rancangan Perumahan Kampung Pandan, Daerah Belait dimana pintu kaca utama masjid tersebut telah mengalami kerosakan yang teruk.

Operasi tersebut melibatkan Pasukan Civil-Military Cooperation (CIMIC) dari 3Bn TDDB yang telah diatur gerak ke Masjid Rancangan Perumahan Kampung Pandan bertujuan bagi menghulurkan bantuan tenaga manusia untuk mengangkat dan membersihkan harta benda yang telah rosak oleh musibah.

Bantuan seperti ini mencerminkan komitmen TDDB yang berterusan dalam menyokong Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) sebagai agensi utama dalam menangani bencana alam dengan pantas dan berkesan. Tambahan lagi, bantuan seperti ini turut menyumbang dalam mengeratkan hubungan baik di antara pihak TDDB bersama agensi-agensi awam dan masyarakat.