BRUNEI, Friday, 07 April 2023 – In conjunction with the holy month of Ramadhan 1444H, officers and personnel from the Royal Brunei Land Force (RBLF) have conducted Community Outreach Programmes at several mosques and Muslim cemeteries at all districts in Brunei Darussalam.
Among the mosques that have been visited this week were Kampong Sinaut Mosque, Kampong Pulaie Mosque, Kampong Menunggol Mosque and Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam Mosque. The Community Outreach Programme includes a cleaning campaign followed by the sanitising of the interior and exterior of the mosques.
Whereas, among the cemeteries that have been visited were Kampong Kilanas Muslim Cemetery, Kampong Terunjing Muslim Cemetery, Terunjing Baru Muslim Cemetery, Seri Pimping Muslim Cemetery, Kampong Kianggeh Muslim Cemetery, Subok and Limbungan Muslim Cemetery, Anduki Muslim Cemetery, Pulau Kundis Muslim Cemetery, Tunjuk Langit Muslim Cemetery, Kampong Lugu Muslim Cemetery, Tanjung Nangka Muslim Cemetery, Gallery 2 Cemetery and New ETR Cemetery, Penanjong Garrison. The Community Outreach Programme includes a cleaning campaign, followed by the recital of Surah Yassin and Tahlil.
This programme is one of the charitable activities carried out to enhance spiritual development and cooperation among RBLF personnel as well as to contribute to the community, especially in this holy month of Ramadhan.



TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN PROGRAM JANGKAUAN RAMADAN 1444 HIJRAH
BRUNEI, Juma’at, 07 April 2023 – Sempena menyambut bulan Ramadan 1444H yang penuh keberkatan, para pegawai dan anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mengadakan Program Jangkauan Ramadan di beberapa masjid dan tanah perkuburan Islam di semua daerah di Negara Brunei Darussalam.
Antara masjid yang telah dikunjungi minggu ini ialah Masjid Kampong Sinaut, Masjid Kampong Pulaie, Masjid Kampong Menunggol dan Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam. Program Jangkauan Ramadan termasuk menjalankan kempen kebersihan dan sanitasi di ruang dalam dan luar masjid.
Selain itu, tanah perkuburan yang telah dilawati ternasuk Tanah Perkuburan Islam Kampong Kilanas, Tanah Perkuburan Islam Kampong Terunjing, Tanah Perkuburan Islam Terunjing Baru, Tanah Perkuburan Islam Seri Pimping, Tanah Perkuburan Islam Kampong Kianggeh, Tanah Perkuburan Islam Subok dan Limbungan, Tanah Perkuburan Islam Anduki, Tanah Perkuburan Islam Pulau Kundis, Tanah Perkuburan Islam Tunjuk Langit, Tanah Perkuburan Islam Lugu, Tanah Perkuburan Islam Kampong Tanjung Nangka, Tanah Perkuburan Galleri 2 dan Tanah Perkuburan ETR Baru, Padang Tembak Penanjong Garison. Program Jangkauan Ramadan meliputi pembersihan dan diikuti dengan bacaan Surah Yassin dan Tahlil.
Program tersebut merupakan salah satu aktiviti amal yang dijalankan sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan pembangunan kerohanian dan kerjasama di kalangan anggota TDDB. Ia juga bertujuan untuk menggalakkan berbuat amal kebajikan dan menyumbang kepada masyarakat khususnya di bulan suci Ramadan.