BERAKAS GARRISON, Monday26 September 2022 – Royal Brunei Land Force (RBLF) had organised the opening ceremony of Dikir Maulud 1444 Hijrah in conjunction with the Maulidur Rasul for the year 1444 Hijrah, held simultaneously at all surau’s of the RBLF camps.

Present for the ceremony at the Surau Al-Faizun, Berakas Garrison was Lieutenant Colonel Pengiran Mohamed Sufri bin Pengiran Haji Rosli, Acting Deputy Commander of RBLF.  Also present were Senior Officers, Officers and RBLF personnel. Similar ceremonies were also held at other RBLF camps which was attended by respective Commanding Officers, Officers and personnel including Pulau Baru-Baru Mosque.

The Dikir Maulud commenced with Maghrib Prayers followed by the recital of Surah Nabawiyah and the recital of Sayyidul IstighfarThe ceremony then continued with Dikir Syarafil Anam followed by mass Isya’ Prayers. Dikir Marhaban, Doa Peliharakan Sultan & Negara Brunei Darussalam, Selawat Qiam, Surah Al-‘Asr, Tasbih Kaffarah and Doa Kedua Ibu Bapa.

The Dikir Maulud will be held continuously for 12 nights at all RBLF suraus to honour the beloved Prophet and enliven the Maulidur Rasul Celebration for year 1444 Hijrah as well as to seek blessings and protection from Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

 

 

TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI ADAKAN MAJLIS PEMBUKAAN DIKIR MAULUD 1444 HIJRAH

BERAKAS GARISON, Isnin26 September 2022 - Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dengan kerjasama Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (JAMA’AT), telah mengadakan Majlis Pembukaan Dikir Maulud sempena Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1444 Hijrah yang telah diadakan secara serentak bertempat di semua surau perkhemahan TDDB.

Hadir bagi majlis yang diadakan di Surau Al-Fa’izun, Berakas Garrison ialah Leftenan Kolonel Pengiran Mohamed Sufri bin Pengiran Haji Rosli, Ketua Staf TDDB. Turut hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai dan anggota TDDB. Majlis yang sama juga turut diadakan secara serentak di semua perkhemahan TDDB dengan dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Pemerintah, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan anggota-anggota di setiap unit termasuk Masjid Pulau Baru-Baru.

Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah diikuti dengan bacaan Surah Nabawiyah dan bacaan Sayyidul Istighfar. Majlis kemudiannya diteruskan dengan Dikir Syarafil Anam diikuti dengan Solat Isya’ berjemaah, Dikir Marhaban Doa Peliharakan Sultan & Negara Brunei Darussalam, Selawat Qiam, Surah Al-‘Asr, Tasbih Kaffarah dan Doa Kedua Ibu Bapa.

Dikir Maulud ini akan diadakan selama 12 malam berturut-turut di surau-surau dalam perkhemahan TDDB bertujuan bagi memperingati Junjungan Nabi Muhammad SAW dan menyemarakkan lagi Sambutan Maulidur Rasul tahun 1444 Hijrah disamping memohon keberkatan serta perlindungan dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala