BERAKAS GARRISON,
Thursday, 04 February 2021 – A virtual tele-conference (VTC) was held between Brigadier General Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of RBLF and General Paul J. Lacamera, the Commanding General United States Army Pacific (USARPAC).

In his opening remarks, the Commander of RBLF conveyed his appreciation and thank you to General Paul J. Lacamera for his contribution in enhancing the close bilateral defence relationship between Brunei Darussalam and United State. Meanwhile General Paul J. Lacamera relayed his special congratulations on the appointment of Brigadier General Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan as the Commander of RBLF and appreciated the time spent for the VTC.

The VTC was conducted mainly to discuss on the bilateral engagements that was planned for the year 2021 particularly on Pahlawan Warrior Exercise 2021. Further discussed were other engagement between RBLF and USARPAC regarding on training and cooperations. VTC was then ended with both leadership contented and appreciate the cordial relationship between the two armies.

PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENGADAKAN PERJUMPAAN SECARA MAYA BERSAMA COMMANDING GENERAL

UNITED STATES ARMY PACIFIC

BERAKAS GARISON, Khamis, 04 Februari 2021 – Satu perjumpaan  secara maya telah diadakan di antara Yang Mulia Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah TDDB dan Yang Mulia General Paul J. Lacamera, Commanding General United States Army Pacific (USARPAC).

Dalam ucapan pembukaan, Pemerintah TDDB menzahirkan rasa penghargaan dan terima kasih kepada Yang Mulia General Paul J. Lacamera atas sumbangan beliau dalam memperkukuhkan lagi hubungan erat pertahanan diantara dua hala yang sudah terjalin di antara Negara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat. Sementara itu, Yang Mulia General Paul J. Lacamera pula menyampaikan ucapan setinggi-tinggi tahniah atas perlantikan Yang Mulia Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan selaku Pemerintah TDDB dan seterusnya menghargai masa yang diluangkan untuk perjumpaan secara maya.

Perjumpaan secara maya ini bertujuan untuk membincangkan hubungan dua hala yang telah dirancang bagi tahun 2021 terutamanya mengenai Eksesais Pahlawan Warrior 2021. Selain daripada itu, lain-lain hubungan dua hala seperti kursus dan kerjasama di antara TDDB dan USARPAC juga telah dibincangkan. Perjumpaan secara maya diakhiri dengan kedua-dua pemimpin berpuas hati dan menghargai hubungan mesra di antara kedua belah pihak tentera darat.