BERAKAS GARRISON, Monday, 21 September 2020 – A virtual introductory call was held today between Brigadier General Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of Royal Brunei Land Force (RBLF) and the
Commanding General, Philippine Army, Lieutenant General Cirilito Elola Sobejana.
In his opening remarks, the RBLF Commander conveyed his appreciation and welcomed the newly appointed Commanding General, Philippine Army, Lieutenant General Cirilito Elola Sobejana. During the call, the two parties exchanged views on COVID-19 pandemic and the management of the outbreak by both countries including the contribution of respective armies. Commanding General, Philippine Army reiterate commitment to participate in the upcoming virtual ASEAN Chief of Army Multilateral Meeting (ACAMM) in November hosted by Brunei Darussalam.
The RBLF Commander also highlighted the upcoming inaugural Brunei-Philippines Army Working Group virtual conference to be hosted by Brunei Darussalam and expressed his confidence that this initiative will further enhance the already close cooperation and cordial relation between the two armies.


PEMERINTAH TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI MENGADAKAN PERJUMPAAN PENGENALAN SECARA TALIAN BERSAMA COMMANDING GENERAL PHILIPPINE ARMY
BERAKAS GARISON, Isnin, 21 September 2020 – Perjumpaan pengenalan secara talian telah diadakan di antara Yang Mulia Brigedier Jeneral Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) dan Yang Mulia Leftenan Jeneral Cirilito Elola Sobejana, Commanding General, Philippine Army.
Melalui ucapan pembukaan beliau, Pemerintah TDDB menzahirkan rasa penghargaan dan mengalu-alukan Yang Mulia Leftenan Jeneral Cirilito Elola Sobejana, Commanding General, Philippine Army yang baru dilantik.
Semasa perjumpaan tersebut, kedua pihak angkatan tentera berpeluang untuk saling bertukar pendapat mengenai pandemik COVID-19 dan cara pengurusan wabak tersebut di peringkat negara termasuklah penglibatan kedua-dua angkatan tentera. Commanding General, Philippine Army mengesahkan semula komitmen untuk terlibat di dalam ASEAN Chief of Army Multilateral Meeting (ACAMM) secara talian yang akan diadakan pada bulan November ini dan dihoskan oleh Negara Brunei Darussalam.
Pemerintah TDDB juga menekankan mengenai Brunei-Philippines Army Working Group yang juga akan diadakan secara talian dan dihoskan oleh Negara Brunei Darussalam dan menyatakan keyakinan bahawa inisiatif seperti ini akan lebih mengukuhkan lagi hubungan rapat dan erat yang telah sekian lama terjalin di antara kedua angkatan tentera darat.